Thursday, March 19, 2015

Jangan Bagi Harapan. Please!

Aku pelik dengan manusia. Serius sangat pelik. Aku pun manusia, dan aku pelik dengan diri aku sendiri. Tapi aku takkan sampai 'gadai diri'. Doakan la supaya aku takkan jadi macam tu. Huhuhu

Orang, bila ada masalah kewangan, instead of cari penyelesaian sendiri, I mean cari kerja lain ke, buat kerja part-time ke, jual barang terpakai ke. Ni tidak, 'jual diri'. Aku lagi respek orang korek tong sampah cari barang terpakai then jual, sebab mereka sanggup rempuh hujan panas demi sesuap nasi. 

Hanya kerana Allah SWT jentik sikit, gelabah. Cuba muhasabah diri, cari apa salah pada diri sampai Allah SWT uji macam tu. Tidak dengan Allah, dengan manusia. Instead of ajak orang kawen tiba2, which orang tu yang kau buang dan tinggalkan sampai hancur luluh hati dia, setahun lebih dia bangun sendiri, yang kau mati2 tak nak get back, dan kau pertahankan perempuan lain dari dia - yang selama ni bersusah payah untuk kau, and bila dia dah bangun, dah bina life sendiri tanpa kau dan ternyata lagi happy tanpa kau. Sudah-sudah lah tu hancurkan hidup orang. Dan tolong, jangan beri harapan kat orang kalau kau tak betul2 cintakan dia dan tak ada niat sunting dia jadi yang halal untuk kau. Aku bukan menulis entry ni untuk aku, tapi untuk gadis2 luar sana yang aku yakin dorang rasa apa yang aku rasa.

And macamana agaknya nak kawen dengan orang yang tinggalkan kau, orang yang hancurkan hati kau dan setahun lebih dia happy2 dengan orang lain, tup2 ajak kau kawen? And yes, sepanjang kau susah senang dia tak ada untuk kau pun. Dia bersenang dengan orang lain, susah baru nak cari kau. Kalau aku, tak nak ahh. Dia sedap2 dengan orang lain, pastu nak kawen dengan kau. Eh eh eh.

Pernah dengar kifarah kan? Aku dulu pernah tinggalkan orang yang betul2 sayangkan aku, devoted life, jiwa dia hanya untuk aku. Now, kawan2 aku semua dah kawen, tinggal aku seorang je belom kawen lagi. In shaa Allah saat itu akan datang, aku selalu berdoa kat Allah permudahkan urusan 'my future' untuk sunting aku. No couple2 ehh, aku rasa aku terlalu tua nak couple2 ni. Malas nak bazir masa tunggu orang, jaga hati orang bla3. Jaga diri sendiri sudah.

Tu je la untuk kali ni. Harap yang baca ni muhasabah diri sikit. Setiap apa yang aku tulis bukan pinpoint seorang demi seorang, tapi untuk aku juga suatu hari nanti. Manatau kot-kot aku pun bakal jadi iblis nanti. Woish, simpang! Tak mau aku!

P/S : Happy with my life now. Alhamdulillah. :)



Thursday, March 12, 2015

Lepa-king

Semalam adalah malam yang buat aku dan terimbau kenangan masa jahiliyyah aku dulu. Rindu tu dah takde, sebab past is past. Sekarang aku dah berubah dan Alhamdulillah dah istiqamah berubah, so korang pun doakan lah yang terbaik okeh.

Aku keluar dengan kawan aku sorang ni. Baru kenal, tapi kitorang dalam bidang yang sama, so cepat gila rapat dengan dia. Dia pun suka dengar aku cerita itu ini dengan dia, pastu suka bergurau, then dia layan je aku punya gila. So aku extreme selesa dengan dia.

Dia datang dari jauh, so dari tengahari aku lepak la dengan dia, keluar tengok wayang, sama2 try Korean food kat Dubu-Dubu, pastu melepak kat UTC Pudu. Semalam suppose dia balik rumah pakcik dia, tup2 dia cakap tak puas melepak dengan aku, jadi sambung la melepak sampai pukul 6 pagi hari ni. Ngahahaha.

Dari UTC Pudu, jalan kaki sampai depan Masjid Jamek, pastu sambung bersembang. Kitorang banyak bersembang la, dia cerita pasal dia, aku cerita pasal aku. Yang buat aku mengimbau gila kenangan masa dulu2, ialah melepak sampai pagi dengan geng rempit aku dulu. Jalan kaki tu banyaknye if aku keluar dengan Ain je pergi shopping mall to another shopping mall.  Nasib baik semalam duit aku tak berapa nak ada, kalau tak, aku ajak dia teman aku karok kat Low Yatt. Hahahaha.

Dulu, aku pernah gak nak wat kerja gila melepak kat KL sorang2. Hahaha. Tapi fikir safety, dengan aku pun tak arif sangat jalan KL, dengan mana lagi aku perempuan then alone, tak payahlah. Cari penyakit namanya tu. Nak ajak kawan, kawan pun ada life memasing. Dorang pun ada transport masing2, ajak keluar jalan kaki memang takkan punya. Ngahahaha.

So thanks a lot la kat kawan aku sorang ni, menunaikan hasrat aku yang dah lama terpendam ni. Hahahaha. Nanti nak ajak dia teman aku lepak lagi la. Kali ni Dataran Shah Alam pulak. Tempat feveret aku tuh. Kihkihkih

Till then.

Tuesday, March 10, 2015

Malam yang Sleepy~



Malam ni sejuk gilo. Tapi aku tak pakai pun sweater sebab sweater aku basah kena hujan. Lebat weyh hujan semalam. Nasib aku gerak awal kalau tak lagi lebat. Huhuhu.

Kasut pun basah sebab aku pergi langgar lopak air.

Tadi masa kat changing room, terserempak dengan Ms Cheng, HOD Rehab. Dia akan berhenti kurang masa 2 bulan dari sekarang. Gonna miss her sebab dia baik. So aku sembang2 dengan dia dan aku request nak pinjam kasut dia sebab kasut aku basah. Tapi tak boleh sebab kasut dia besar. So the only thing yang dia bagi ialah stokin dia baru beli dan tak pernah pakai, dia bagi terus dan free je. Hahahaha. Lepas ni kalau Ms Cheng tu dah tak ada kat hospital ni, pakai je stokin free dia, aku akan teringatkan dia. All the best Ms Cheng, semoga you berjaya kat luar sana!

Fikir punya fikir, aku call department minta pinjam kasut. Nasib baik ada, kasut crocs yang getah keras dia bagi aku. Alhamdulillah ade la jugak something untuk aku pakai rather pakai kasut basah. Euwww belengaih, tak sanggup aku! Tapi sakit la sebab kau berjalan ke sana sini dengan kasut crocs tu.

Datang keje, hoo haa hoo haa, 2 sachet kopi aku hentam, equivalent to 4 cawan kopi. Nowadays aku dah selalu minum kopi pagi2, efek anti-sleepy dah tak berkesan dengan aku. Kuyu je mata pagi ni. Huhuhuhu. Trying to be active untuk hilangkan mengantuk, tapi bila dah tak aktif macam sekarang (duduk atas kerusi update blog) aku mula rasa mengantuk balik. Haih.

Hari ni 10hb, tapi aku mati2 ingat 11hb. Ngahahaha. Nampak sangat aku sangat zzzzz. Memang aku tunggu datangnya 11hb sebab nak bersiar-siar menghayati keindahan alam, alone. Dah lama sangat oke aku tak keluar rumah. Menghadap COC je keje aku. Kihkihkih. So sekali sekala jalan-jalan hilangkan stress dan menghayati kebesaran Allah, ada pekdah jugak.

Till then.

Saturday, March 7, 2015

Damansara Yow!

Alhamdulillah, pindah jugak aku harini. Dari pukul 2.30 ptg aku balik rumah, solat, tidur jap, kemas sikit2 lagi barang2 aku dan chow: into the new house.

Actually aku pun mati akal macamana nak keluar ni sebab aku betul2 dah nekad nak keluar rumah. Tak tahan aku weyh. Mujur la akak umah ni willing untuk tolong aku pindahkan barang. Tarima kaseh Kak Su!

So pindah2 barang, sampai jahanam beg traveler aku baru beli haritu. Ngahahaha. Padan muka, sumbat lagi baju banyak2 dalam tu, dengan buku yang maha banyak, memang berat la ceritanya. Sekali nak angkat, putus handle dia. Ganas betul. So goodbye traveler bag, i put you into garbage house. Dah kaya sikit nanti aku beli je beg baru. Lolololol.

Ok, first impression aku pasal Damansara:  sesak sikit dari rumah lama aku and jauh sikit dari tempat kerja aku. So lepas ni sila bersiap awal ye cik Bai'e!

First impression pasal rumah baru aku? Saya bagi 4 sabun Daia. Ok la, rumah ni bersih, wangi, kemas and i love it. Cumaaaa masa aku tengah kemas2 sikit bilik dan dapur, dapur tu fail sikit la. Hahahaha. Tapi better dari rumah lama aku which benda rosak, kakak aku buat bodoh, aku lagi la buat bodoh. Kekekeke. Bilik aku? Niceeeeee, i loike sebab bilik nii baya sama macam rumah lama aku, tapi include bil air and elektrik. And pay less, sebab rumah lama bil air dan elektrik aku yang bayar. Sebulan mau cecah RM150. Why so banyak? Sebab.... duduk kondo ni bil air dia lum sum semua and dia divide sama rata dengan semua residen blok tu. Instead kau pakai air tu sikit tapi still kena bayar RM70 (minimum yang aku pernah bayar) kat management. Paling best ialah, 2 tilam aku seorang, 2 almari aku seorang.  Ada ruang besar untuk solat, golek2 sambil baca buku, and buat video sing a song! :P  :P   :P

Housemate aku? Dia baik, lembut orangnya dan comel. Kekeke. Kak Su nama dia. Aku tak tanya pulak umur dia berapa, tapi aku hentam je panggil akak. Hahaha. Dia dah ada boyfren, so pembaca lelaki tuh, sila jangan nak menggatal.

So tu je for now. Aku gembira. Harap rasa ini terus bersarang dalam hati aku. Nak bersawang pun takpe sebab aku gumbira.

Till then

Saturday, February 14, 2015

W8ing

Hari ni kerja malam macam biasa. Nak pulak dengan manusia2 yang bakal berhenti within this month. Diorang dah kawen, sorang tu dah ada anak. Dua2 masa zaman single comey lotey now badan membulat. Bahagia la katakan. Ngahahahaha.

Bai'e bercerita la kat diorang pasal keinginan nak ada life macam diorang : I mean kawen la. Ya Allah, gatai gila aku. Ngahahaha. But who cares? I really mean it. Ye la, from dumped people, then being dumped, Bai'e xpernah putus asa dalam mencari cinta. Tipu la cakap Bai'e selesa being a single lady. Nowadays rasa sunyi gila. 

Lepas clash dengan seorang hamba Allah ni, ade la jugak kenal few men. Dalam sehari mesej masok berpuluh, xlarat nak reply satu2. Lepas tu masing2 senyap sebab dah kenna friendzone. Wakakaka. Bukan tak nak mengenali, tapi hati masih trauma kot time tu, nak pulak kenna time tu tengah busy. Bai'e ni dah la 'Sleeping Beauty', dapat tidur lepas kerja berhempas pulas seharian, perghhhh siokkk. And bila kena time Bai'e tido, orang call ke mesej je, I don't care, I won't answer or pick-up. Seen mesej, tapi tak reply lah. 

Lepas tu cakap la kat member ni haaa. Sorang tu suggest nak kenalkan kat kawan husband dia. Kawan husband dia ni dah ada rumah, dah ada kereta. Senang kata complete everything, cuma suri hati je takde lagi. Well, Bai'e memang picky sikit. I mean, if someone tu pendek drpd Bai'e ataupun terlalu kurus, Bai'e tak pandang sangat. Sebab Bai'e kan mixed Arab/Siam sebelah mak, while sebelah arwah abah Sri Lanka, so dalam adik-beradik Bai'e hanya Bai'e, abang Bai'e and adik2 lelaki je tinggi, yang lain renek ikot keturunan sebelah arwah abah. Hahahaha. So ya, Bai'e suka lelaki tinggi sebab Bai'e nak anak2 Bai'e tinggi2 macam model. Wekkksss. Gila gatai.

Sorang lagi ni pulak, nasihatkan. Dia cerita experience dia la. Dia sama baya dengan Bai'e. Dia kawen umur 23 tahun. And husband dia pun sama. The reason being dia kawen sebab mak ayah dia asyik push2 untuk kawen, while dia jealous tengok orang sekeliling pakat2 kawen. Suppose target kawen umur 24-25 tahun, tapi reason2 diatas buat dia kawen awal. Gaji husband dia rendah je, lingkungan RM1500, while dia pulak masa tu baru kerja, gaji lingkungan RM2000+. Kalau ikutkan, husband dia tak fit untuk kawen sebab gaji tak banyak mana nak pelihara anak orang, tapi sebab masing2 dah kerja, dia pulak gaji lebih sikit dari husband dia, maka dia cakap 'Takpa sayang ada.' So kawen la mereka berdua ni. 

Mula2 kawen, ok la. Dah lama2 asyik bergaduh sebab duit. Yes duit. Kadang2 dia buka dompet husband dia tengok kosong, dia pun dalam purse kosong. Untuk seminggu makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng. Lepas tu makan megi sama2. Now, Alhamdulillah husband dia gaji dah masuk RM3K, maka life dorang ok sikit la. Then dia pulak nak berhenti dari company ni and try cari kerja dekat utara : dekat dengan family dia and family mertua dia. 

Dia pesan : kalau dah single, kau memang rasa nak kawen sebab kau sunyi. Tapi bila kau dah kawen, kau akan rindu zaman kau single dulu. Aku and husband aku kawen muda, masing2 nak enjoy, tapi orang kata jodoh sampai time tu, maka aku dan dia disatukan. Kalau tengok aku and husband aku masing2 masih nak enjoy : dia still lepak2 dengan kawan2 dia, aku pun sama. Jangan rush, masa tu akan tiba jugak, Nak kawen best tapi bukan senang. Walaupun kau senyum kat husband kau pun dapat pahala, tapi tanggungjawab besar. Sebab utama penceraian ialah duit. Kalau kau tak ready lagi, better persiapkan diri. 

Sekian. Till we met again. Heeee~

Sunday, January 25, 2015

Jodoh

Bila tengok one by one kawan mendirikan rumahtangga, I feel the same too. Nak kawen jugak! Ngahaha, tapi kenapa cam lambat je? Huhuhu. Bila nak jumpa my Mr Right ehh? Hmm

Who are my future husband? How the story begin? Will it be like

A : Bercinta bertahun2 and finally kahwin?
B : Being dumped cruelly many times, then coincidently meet the husband, and happily married?
C : Tak bercinta dengan sape2, at last kawen dengan kawan masa sekolah menengah
D : Ala2 citer hindustan, jumpa tak sengaja, atau ter accident tumpah air ke, terlanggar bontot kete ke, tukar2 no fon, kenal2 and finally decided to get married
E : Balik dengan ex, then kawen
F : Rapat dengan mana2 lelaki, meet the parents then kawen
G : Tetibe kawen dengan kawan abang ipar/ abang kandung / member antara member
H : Tak tahu sape2 berkenan, then lelaki tu terus masuk meminang
I  : Ala2 drama melayu, kawen kontrak then jatuh cinta and happily ever after
J : Kawen dengan kawan dari kecil
K : Kawen dengan scandal. Wuuuu

Walau macamana pun jalan ceritanya, I will wait for the time comes.

Dear my future husband, jaga diri, jaga hati, jaga iman. In shaa Allah kita jumpa nanti, dalam mahligai yang kita bina nanti. Huuu

And for me, STOP BEING A PLAYER! Ngahahaha

Thursday, January 15, 2015

My 1st Day @ School

tadaaaa.. my pic mse darjah 3 dulu. kalau teror teka which one was me?

Dulu first time masuk alam persekolahan darjah 1, kenal alam persekolahan, mak risau 'Boleh ke anak aku cope dengan persekitaran baru?' sampaikan tunggu 1 jam luar kelas tengok Bai'e oke ke x. Few kawan2 nangis bila mak dorg tinggal. Lagi risau puan Azizah, takut Bai'e pun turut nangis bila dia tinggalkan Bai'e untuk belajar.  Padahal dulu masa darjah satu Bai'e dalam hati boleh cakap 'Kenapa mak tak balik rumah lagi? Orang nak sekolah tak selesa mak ade.' Dalam hati berani cakap la, cakap depan2 mau kena smack down dengan mak Bai'e time tu. Hahaha

Sekarang dh kijo, asyik jaga mak n ayah orang lain je. Bai'e harap mak ade sini so mak dekat dengan mata Bai'e, n tak perlu risaukan mak, sebab mak ade depan mata je.

Baru tahu rasa hati mak bila firstttttt time mak nak tinggalkan Bai'e untuk sekolah dulu. Sama la perasaannye. Tapi reasonnye obviously la bkn sbb mak masok sekolah. LOL. Bai'e nak mak ade dkt dgn jadi Bai'e boleh jaga mak sebaik mungkin. Well, satu hari nanti. Mungkin. Semoga Allah permudahkan. :)

P/S : Ni gambar mse darjah 3. Gambar darjah 1 dh hancur kne gunting halus2 sbb ade orang dengki. Haha. Guess who? *ching ching*