Monday, April 28, 2014

Time and Money

Ok. Ni last. Lepas ni saya tak nak mention apa-apa dah. Ni last. Promise (^.^)v

Saya pernah kena tinggal dengan lelaki masa student dulu sebab tak ada duit. Biasiswa RM550 je masa tu, tak cukup pun. Bil air + bil elektrik dekat RM200 sebulan. Lagi RM350, tu la duit nak hooray2, makan, assignment, dll.

Keluar dengan lelaki masa tu sangatlah menjimatkan duit saya. Makan, tengok wayang, nak pergi mana-mana pun dorang support kecuali apa yang saya nak beli memang totally duit sendiri. Kecuali, saya gunapakai kuasa veto saya sebagai seorang perempuan minta dorang belanja saya (which sekali seumur hidup, serius ni tak tipu) / pakai duit dorang dulu bila dapat duit biasiswa saya ganti balik. (yang ni selalu tak miss bayar balik sebab dah janji)

Tapi, orang cakap duit ni memang boleh bagi orang bongkak. Saya pernah didialogkan macam ni

'Awak nak pergi semua pakai duit saya, sepuluh sen saya tak minta duit awak.'

Allahu, awak (sorry my ex, kalau awak still stalk saya la), saya tak pernah minta duit awak untuk dihabiskan atas diri saya. Tak pernah walaupun sekali. Saya rela tongtong kalau awak nak, tapi bila awak mention tu dulu (tahun 2009) saya tersentap sangat. Seolah2 saya ni kaki kikis. Awak tak pernah bersungut, yet, bila kadang2 saya hulur duit, awak suruh saya simpan untuk kolej. Anyway awak, thanks untuk segalanya.

Oleh sebab ni, saya berazam saya tak nak dan takkan jadi perempuan materialistik. Saya datang dari keluarga yang susah, 8 orang adik-beradik. SPM saya 3A tak sempat baca buku sebab jaga mak tengah berpantang, biasiswa masa sekolah dulu saya pakai beli beras kat rumah. First time saya pakai handphone masa umur saya 19 tahun, tu pun lepas tersesat dari kawan-kawan kat Masjid India, at last kawan2 saya jumpa saya depan Mydin Pudu dengan muka pucat sebab tersesat. Saya rela hidup susah daripada terhutang budi dengan orang.

Akhirnya, saya dapat tawaran bekerja dengan company besar, saya ada banyak duit, still human never satisfied. It's not me but the human sit right beside me, once asking me to wait for him until he success and promised to marry me. I'm not young, 23 years old and for me and with my job scope, I'm consider old to restart a relationship. Really

Again 2014. Yup. Saya ada duit, tapi 1 saya tak ada. Masa. Job scope saya sangat luas, nak rehat 15 minit untuk makan tak ada. Nak minum air pun curi-curi. Saya mampu ada di sebelah 10 orang yang nak mati / meninggal, tapi waktu arwah ayah saya meninggal, saya tak ada. Saya sempat tengok dia dah tak bernyawa. Saya sampai kampung 3 jam lepas tubuh dia dah bernyawa. Sebelum tu saya di mana? Di tempat kerja! Saya mampu jaga 100 orang yang demam, tapi bila mak saya demam, saya mampu bagi health education je. Di mana saya waktu takbir berbunyi di saat orang lain sambut Hari Raya dengan keluarga masing-masing? Saya kat tempat kerja merawat orang yang perlu perhatian saya. 2 tahun saya kerja, time bile saya balik kampung, pulut, ketupat, rendang dah habis. Seriously, I'm not joking around.

Dulu saya fikir jadi perempuan yang ada masa tapi tak ada duit is useless. Now, duit saya ada, tapi masa saya korbankan demi duit, nak isi perut saya, mak dan adik2, yet in relationship, I'm just not lucky enough, perhaps? Saya boleh taat, saya boleh setia, saya tak kisah tunggu awak 1000 tahun pun, tapi saya minta awak bear with me, just what I bear with you this 1 year plus. Saya tak kisah tak dating 3-4 bulan tak macam couple yang lain, awak comot, awak papa kedana sekalipun sebab saya tengok hati, bukan duit, bukan rupa, bukan semua tu.

Tak apa lah sayang. Saya faham awak cari $$$ in the same time awak nak orang mampu jaga awak 24 jam, mesej dengan awak sampai lebam, which itu saya tak mampu bagi SEKARANG, tapi go on la. Saya tak marah cuma terkilan sebab saya ingatkan orang yang terakhir saya cinta ialah awak. Till then........

Sunday, April 27, 2014

Autumn in My Heart

Setahun 4 bulan 15 hari. Satu tempoh yang bukan lama, bukan juga singkat. Maaf awak, saya nak coretkan dari mula kita kenal. Moga ianya memori indah untuk kita ingat sampai bila2. ~H.I.E.A~

Musim bunga

Segala-galanya indah tentang kita. Baru kenal, baru sayang, baru cinta dan baru rindu. Masa tu tempat kerja saya tak officially buka lagi, jadi saya selalu ada masa mesej awak, call awak. Balik dari kerja, saya tak letih sangat, jadi balik lepas mandi, makan dan solat semua, saya tak lupa nak bagitahu awak aktiviti saya. Tak pernah sesaat awak lupa dari ingatan saya. Saya sayang sangat kat awak masa tu.


Musim sejuk

Saya dah start sibuk, saya balik ke department yang sepatutnya saya bekerja. Hari-hari kita semakin jauh. Kita makin dingin dengan diri masing2. Saya faham awak nak perhatian saya setiap masa, tapi maaf awak, kerja saya bukan macam sesetengah kerja yang ada masa rehat. Saya stress, tapi kadang-kadang saya cerita kat awak, kadang2 saya malas nak bebankan awak dengan stress saya yang tak berkesudahan. Balik kerja saya letih, saya nak rehat. Saya tak mampu nak jadi sepertimana kita kenal mula2 dulu. Maafkan saya.



Musim panas

Kita selalu gaduh. Awak nakkan perhatian saya, saya nak awak faham kerja saya. Kita tak macam dulu. Awak cakap saya dah tak macam dulu, saya rasa awak dah tak macam dulu. Awak mula cari perhatian dari orang lain. Saya marah sebab saya sayang awak, saya sangat paranoid akan hilang awak dari saya. Saya cuma tak mampu tengok awak jauh dari saya. Saya tak mahu kena tipu, no saya tak nak! Saya marah, saya emosi dan banyak kali tu jugak saya aibkan awak. Maafkan saya awak. Saya tak rasional bila tengah marah tu. Maafkan saya.



Musim luruh

Akhirnya, bunga-bunga kita pun layu dan jatuh berguguran. Awak dan saya ambil keputusan untuk bawa haluan hidup masing2. Mungkin ini yang terbaik buat kita. Mungkin dari hubungan kali ni, saya perlu improve diri saya supaya kawal marah, kawal emosi. 



P/S : Might you cannot be my man, but being the best man I ever had is sufficient. Thank you for everything. Ibtisam :')

Wednesday, April 23, 2014

Looking for Her

Sejak tahun 2009, Bai'e buat akaun facebook sampai sekarang, ada seorang yang Bai'e non-stop cari. Dia ialah my best friend masa darjah 6 dulu. Nama dia Noor Azimah binti Rahim. Nak spot dia senang, sebab ada tahi lalat dekat dahi. Tapi, even though cari dan cari, start dari carian noor azimah, azimah rahim, semua xdapat cari perempuan ada tahi lalat dekat dahi. Adik dia nama Azikah, dan kakak dia nama Azirah, if I'm not mistaken.

Imah, kalau awak baca, please do contact me? Saya buat message kat fb public, so sape2 pun bole message saya. Hope sangat dapat jumpa awak lagi. Sorry saya pindah xbagitahu sebab family saya rushing nak pindah masa tu. Saya cari awak masa last day kat Rembau, awak balik kampung kot time tu. Lepas tu, saya dengar awak pindah Ampang? Entah la. Masa first day saya jejak kaki kat KL, rasa macam nampak awak, sebab ada tahi lalat kat dahi, tapi saya xtegur sebab takot salah orang. Please ea contact saya? Saya betul2 nak jumpa awak. :')

P/S : Do share this artikel untuk mudahkan carian. Semoga Allah SWT yang dapat balas budi baik kalian.

Sunday, April 6, 2014

Back to Where I Belong to

5 April 2014

Hari ni, selepas 11 tahun, Bai'e jejakkan kaki ke Negeri Sembilan, negeri Bai'e membesar dan mencipta memori indah masa kecik2 dulu. Banyak benda dah berubah, kem askar arwah abah kerja dulu da dicat baru, dengan signboard da smart gila, jalan pun dah dibuat cantik2. Bai'e jadi jakun kejap bila tengok Port Dickson dah jadi bandar yang sangat cantik, different dari 11 tahun yang lampau which masa tu, hutan kiri kanan.

Then jumpa dengan jiran lama, Cik Dah, dia cakap muka Bai'e memang tak berubah (tu petanda bagus ke tak tu?) Hahaha. Pastu bukak la cerita, Bai'e kuat menangis la, asyik kena pukul dengan arwah abah la. Bai'e pura-pura tak ingat sebab malu. Heeee~ Then, anak jiran Bai'e panggil Kak N***, which awkward di telinga sebab lepas tinggalkan Negeri Sembilan, nama dah convert jadi E**, M**** or A***.

Tu je cerita untuk hari ni. Gambar tak dapat diupload sebab rushing balik KL. :(

Wednesday, April 2, 2014

It's About It

Sorry I've been privately shared this blog. Baru2 ni Bai'e tukar blogger profile from Google+ user to Blogger profile sebab Bai'e dapat tahu whatever picture tetiba auto-backup from phone to Google+.  Some of the pic untuk suka2, most of them free-hair, sebab adik2 Bai'e suka ambil gambar senyap2, and sometimes Bai'e ambil gambar untuk kenang-kenangan dengan adik2 dan mak.

So, akibat daripada bengang dengan this stupid phone (which come from my fault, xreti pakai smartphone tapi gatai nak mengebat macam orang), Bai'e delete la sume pic. Yang tinggal cuma blogger profile je yg Bai'e still keep kat Google+. What happen is that, post ada, gambar tak dok. Hahaha. Background pic pun tak dok. Hahaha *again*. It shows a circle with a dash middle of it. Totally annoyed!!!

So, yup. That's about it. I'm publicly shared back this blog. Selamat membaca celoteh saya few days forward. Kekekeke