Saturday, March 31, 2012

90/10 by Stephen Covey

ok, actually hari nie Bai'e nak post something yang boleh change (??) your day! tapi tergendala pulak sebab ada gangguan sedikit... hoho...tapi Bai'e pikir, perlu ke Bai'e marah, throw tantrum all over everybody, adakah akan menyelesaikan masalah?

the 90/10 principle by Stephen Covey

dalam kehidupan kita, 10% adalah kejadian yang tidak dapat dikawal oleh kita.. contohnya kereta rosak, lampu isyarat tiba-tiba bertukar merah dan sebagainya... manakala 90% lagi dikawal oleh bagaimana reaksi kita berhubung situasi yang dialami...

contoh : 

ketika sedang makan pagi bersama keluarga anda, anak perempuan anda secara tidak sengaja tertumpahkan kopi di atas baju anda.. 

anda marah, menyumpah anak perempuan anda... anak perempuan anda menangis.. kemudian, anda berpaling dan memarahi isteri anda kerana meletakkan cawan sangat ketepi.. perang mulut berlaku... anda naik ke bilik dan menukar baju... turun semula ke bawah, anak perempuan anda menangis dan menangis sehingga dia lambat untuk menghabiskan makanannya dan bersiap untuk ke sekolah.. akhirnya dia tertinggal bas.. pasangan anda perlu segera ke pejabat... anda terus ke kereta dan anda perlu menghantar dia ke sekolah... anda mengharungi perjalanan 40 kilometer dengan zon pandu 30 km/j...

selepas 15 minit terlewat, dan perlu membayar wang saman (katakan lah RM100 kerana melebihi hadlaju) anda sampai ke sekolah.. anak anda terus menuju ke bangunan sekolah tanpa mengucapkan selamat tinggal.. (merajuk la tuh..) 

sampai ke pejabat 20 minit lewat, anda terlupa beg pejabat...mula lah anda moody... jam demi jam, ianya bertambah teruk dan teruk... kemudiannya, anda pulang ke rumah... anda dapati hubungan sedikit renggang dengan isteri dan anak anda ... mengapa ?? kerana KEJADIAN PAGI TADI...

mengapa semua ini berlaku? andalah penyebabnya!

katakan lah anda bersikap sedikit positif... anak anda jatuhkan air kopi, dan dia mula mahu menangis.. anda katakan 'tidak mengapa... lain kali berhati-hati sikit, yer?' (untungnya dapat bapak mcm nie~)... anda naik ke atas dan tukar baju.. selepas tukar baju dan ambil beg pejabat, anda melihat ke tingkap dan melihat anak anda sedang menaiki bas untuk ke sekolah..dia berpaling dan melambaikan tangannya... anda dan pasangan bermesra sebelum ke pejabat... anda sampai 5 minit awal ke pejabat dan dengan gembiranya memberi salam kepada semua staff pejabat... bos anda bangga dengan hari ceria yang anda perolehi....

senario yang sama, namun pengakhiran yang berbeza... anda dapat perasan perbezaannya?

walau apapun yang anda hadapi, jangan jadi seperti span yang menyerap semua, sebaliknya menjadi air di dalam gelas.. jangan biarkan komen negatif menghalang anda.. react correctly and it will not ruin your life! jika anda bersikap negatif, anda mungkin dipecat, hilang kawan dan sebagainya... THINK POSITIVELY !!!

* macam Bai'e dan kawan-kawan, tiap-tiap hari kot kena brainwash... hari-hari nak g kolej takut tutor marah... (time tuh 2 orang je pass exam yang cuba-cuba punya...) tapi, kitorang tak jadikan kegagalan itu sesuatu yang akan menghalang kejayaan kitorang.... selain buat latihan dan latihan lagi, kitorang saling membantu antara satu sama lain... dan akhirnya, tadaaa~ 

so, think positif dan jangan berputus asa... so korang rajin2 lah apply prinsip 90/10 ini dalam kehidupan korang, ok?

p/s : penat menterjemah~


No comments:

Post a Comment