Sunday, April 6, 2014

Back to Where I Belong to

5 April 2014

Hari ni, selepas 11 tahun, Bai'e jejakkan kaki ke Negeri Sembilan, negeri Bai'e membesar dan mencipta memori indah masa kecik2 dulu. Banyak benda dah berubah, kem askar arwah abah kerja dulu da dicat baru, dengan signboard da smart gila, jalan pun dah dibuat cantik2. Bai'e jadi jakun kejap bila tengok Port Dickson dah jadi bandar yang sangat cantik, different dari 11 tahun yang lampau which masa tu, hutan kiri kanan.

Then jumpa dengan jiran lama, Cik Dah, dia cakap muka Bai'e memang tak berubah (tu petanda bagus ke tak tu?) Hahaha. Pastu bukak la cerita, Bai'e kuat menangis la, asyik kena pukul dengan arwah abah la. Bai'e pura-pura tak ingat sebab malu. Heeee~ Then, anak jiran Bai'e panggil Kak N***, which awkward di telinga sebab lepas tinggalkan Negeri Sembilan, nama dah convert jadi E**, M**** or A***.

Tu je cerita untuk hari ni. Gambar tak dapat diupload sebab rushing balik KL. :(

No comments:

Post a Comment