Friday, April 10, 2015

Aku Tak Faham GST

Tu diaaa. Bai'e mula berpolitik. Muahahahaha. Actually 2nd April ritu aku nak post, tapi tak terpost. Busy la katakan. Hahaha.

Ok, GST ni katanya kenakan caj 6% kat pengilang pemborong etc etc etc sebelum harga tu sampai kat pembeli. Jadi cukai tu pergi kepada kerajaan, dan kerajaan boleh pakai duit tu untuk pembangunan negara.

Tapi apa yang aku tengok ialah, barang makin mahal. So, GST ni meringankan beban rakyat ke, membebankan rakyat? GST tu pengguna kena tanggung pulak ke ehh? Adakah kementerian pantau? Kalau betul pantau, kenapa peniaga sesuka hati naikkan harga barang? Aku nak complain, tapi harga barang2 tertentu aku tak pasti harga sebelum n selepas GST berapa. Kang kalau simply buat report, malu sendiri kang. Tak pasal2 fitnah peniaga tu. Huhuhu.

Serius, dengan RM100 aku mampu beli barang penuh plastik bag kot. Ritu aku beli barang lepas 1 April, jd 3 plastik. What the fish? Hahahaha.

Aku rasa mungkin kementerian kena bagi senarai barang yang sepatutnya dijual kepada pengguna diedarkan. Kawan aku kata dia ada list tu, so why not edarkan kepada semua so semua orang alert. Tak de la masing2 kena tipu kan?

Isu topup pun tak habis oiiii. Topup pun kena GST. Wakakaka. Free 60min call tak bermakna apa2 sebab aku dengan mak aku ke, saudara mara aku ke, kawan2 aku ke sume pakai Whatsapp je. Senang!

P/S:  Mak aku call cakap tak dapat BR1M. Bagi aku baguslah, mungkin duit tu bagi kat orang yang lebih memerlukan. Aku mampu je nak sara mak aku. Tunggu greenlight je mak aku nak duduk sekali, now jugak aku angkut dia duduk dengan aku. Hehehehe.

No comments:

Post a Comment