Sunday, April 19, 2015

Pennyless, and I Feel Useless

Kan aku baru balik bercuti dari Langkawi kan? Aku seriusly pokai abes. Silap aku satu je, aku pergi beli gems kat COC. Hahahaha. Mau abes RM 500 sebab aku upgrade most of the defense building lepas tu pergi beli shield sampai seminggu. Padan muka aku, addicted dengan game lagi. Hahaha.

Tak termasuk expenses kat sana agak mahal la bagi aku. Hotel, aktiviti, makan, shopping aku rasa habis almost RM700 kalu tak silap aku, or maybe more than that. So aku rasa macam ' Shit, not enough money, tak boleh beli coklat banyak2 untuk mak aku'. Langkawi memang best known place untuk coklat murah, so nak borong memang advisable beli kat sana (aku rasa pricing sama je dengan kat KL, ke aku salah? Well, I'm not addicted to chocolate pun)

Balik KL, tahu tak dalam purse aku ada berapa? RM 6! Hahaha. Tu tahap aku dah berhabis betul tu. Dan duit tu aku pakai untuk isi minyak moto dan that's it. Kalau tayar pecah ke, apa2 jadi kat baby aku tu, aku pasrah je. Sehari lebih Allah duga aku macam tu, tak lena tidur aku fikir mana nak cekau duit. Dah la hari Ahad ni aku janji dengan kawan aku nak pergi rumah dia kat Ipoh, duit lagi oiii. Memang aku rasa down gila. Allah betul2 duga aku betul2 dari segi duit. Selama ni, duit bukan masalah bagi aku, sebab cukup2 ada dari awal bulan sampai akhir bulan, at least RM10 pun mesti masih ada until next gaji.

Aku ada la duit syiling yang aku kumpul dari aku start kerja sampai sekarang, ada la dalam RM500 kalau tak silap aku, tapi that one memang aku takkan sentuh sampai bila2. Sebab aku memang suka kumpul syiling. And simpanan lain aku letak dalam buku akaun, so aku tak boleh simply sentuh duit tu even emergency macamana sekalipun.

Dan akhirnya aku tawakal, aku percaya Allah ada dengan aku. Sentiasa ada, tak kira kat mana sekalipun Dia sentiasa dengan aku. Tup2, kakak aku datang rumah, bagi karipap dia masak, then aku pass coklat dan kain songket dari Langkawi untuk mak aku. Lepas tu dia hulur RM50. Perghhhhhh, nak nangis aku masa tu. Depan kakak aku acting macho, ambil duit lepas tu chow masuk apartmen. Dalam bilik, tak henti aku ucap syukur dan cium duit tu berkali2. Serius weyh, aku sangat  bersyukur. Even if kakak aku bagi RM5 pun tadi aku bersyukur sebab aku nak pakai untuk makang. Kikikikiki.

Tu baru sikit Allah duga, aku gelabah biawak. Ternyata kepercayaan aku terhadap Allah melebihi segalanya. Aku mohon satu je masa aku pokai tu, permudahkan segala urusan aku. Jangan bagi motor aku rosak, jangan bagi aku lalai bawa motor, jangan bagi aku kena gastrik/pengsan sebab tak makan.
Tak kisah tak ada duit, tapi permudahkan segala urusan duniawi aku. Allah is the best! Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. peringatan untuk aku : jangan beli gems kat COC lagi, jangan boros, dan rajin bersedekah. What ever that you keep will finish, but what ever that you give, will remain. Pahala pun dapat.

Sekian for time being. Jumpa lagi. Till then










No comments:

Post a Comment