Thursday, March 19, 2015

Jangan Bagi Harapan. Please!

Aku pelik dengan manusia. Serius sangat pelik. Aku pun manusia, dan aku pelik dengan diri aku sendiri. Tapi aku takkan sampai 'gadai diri'. Doakan la supaya aku takkan jadi macam tu. Huhuhu

Orang, bila ada masalah kewangan, instead of cari penyelesaian sendiri, I mean cari kerja lain ke, buat kerja part-time ke, jual barang terpakai ke. Ni tidak, 'jual diri'. Aku lagi respek orang korek tong sampah cari barang terpakai then jual, sebab mereka sanggup rempuh hujan panas demi sesuap nasi. 

Hanya kerana Allah SWT jentik sikit, gelabah. Cuba muhasabah diri, cari apa salah pada diri sampai Allah SWT uji macam tu. Tidak dengan Allah, dengan manusia. Instead of ajak orang kawen tiba2, which orang tu yang kau buang dan tinggalkan sampai hancur luluh hati dia, setahun lebih dia bangun sendiri, yang kau mati2 tak nak get back, dan kau pertahankan perempuan lain dari dia - yang selama ni bersusah payah untuk kau, and bila dia dah bangun, dah bina life sendiri tanpa kau dan ternyata lagi happy tanpa kau. Sudah-sudah lah tu hancurkan hidup orang. Dan tolong, jangan beri harapan kat orang kalau kau tak betul2 cintakan dia dan tak ada niat sunting dia jadi yang halal untuk kau. Aku bukan menulis entry ni untuk aku, tapi untuk gadis2 luar sana yang aku yakin dorang rasa apa yang aku rasa.

And macamana agaknya nak kawen dengan orang yang tinggalkan kau, orang yang hancurkan hati kau dan setahun lebih dia happy2 dengan orang lain, tup2 ajak kau kawen? And yes, sepanjang kau susah senang dia tak ada untuk kau pun. Dia bersenang dengan orang lain, susah baru nak cari kau. Kalau aku, tak nak ahh. Dia sedap2 dengan orang lain, pastu nak kawen dengan kau. Eh eh eh.

Pernah dengar kifarah kan? Aku dulu pernah tinggalkan orang yang betul2 sayangkan aku, devoted life, jiwa dia hanya untuk aku. Now, kawan2 aku semua dah kawen, tinggal aku seorang je belom kawen lagi. In shaa Allah saat itu akan datang, aku selalu berdoa kat Allah permudahkan urusan 'my future' untuk sunting aku. No couple2 ehh, aku rasa aku terlalu tua nak couple2 ni. Malas nak bazir masa tunggu orang, jaga hati orang bla3. Jaga diri sendiri sudah.

Tu je la untuk kali ni. Harap yang baca ni muhasabah diri sikit. Setiap apa yang aku tulis bukan pinpoint seorang demi seorang, tapi untuk aku juga suatu hari nanti. Manatau kot-kot aku pun bakal jadi iblis nanti. Woish, simpang! Tak mau aku!

P/S : Happy with my life now. Alhamdulillah. :)



No comments:

Post a Comment