Saturday, July 4, 2015

Kes curang Lagi... Lagi.. dan Lagi..

Terbaca kisah pasal suami curang 6 minggu selepas kawen.


Aku gelak je baca komen laki tu. Kononnya tak nampak muka isteri bila buat solat istikharah. Dipaksa kawen. Well, kauorang buat maksiat ke sampai kena paksa? Mana kredibiliti kau sebagai seorang laki bila kau tak mau kawen, tapi orang suruh kawen jugak. Kau dah sedap 6 minggu, tinggal perempuan tu yang banyak bersusah payah dengan kau, tolak lelaki lebih baik dari kau hanya nak bersama dengan kau. She left her family because of you, marrying you dont you get it??? While that other girl worth nothing! She still young man, tak pelik kalau dia curang dengan kau pulak nanti. Kau tunggu la kifarah dari Allah. Allah itu ada

Perempuan tu pun loser, takde laki lain ke kau nak sebat? Laki orang gak. LOL. Perempuan tu pun muda lagi, opkos banyak pilihan dan banyak lagi masa. Nak tengok mampu ke kau hadek setia dengan laki yang tua tapi loser gila.

Bertabahlah wahai wanita2. Be strong. Strong for better future. Kepada gurls yang boifren curang, tinggal je teros. Jangan bagi muka. Dah kawen buat perangai. Erks!

Saturday, June 6, 2015

Simpan Duit? :(((((((

Pendahuluan:

Aku ada stalker weyhh! Hahahaha. Pelik, entah apa yang best pasal aku yang 'dia' nak stalker entah? Tu dah tahap gila dan paranoid unknown cause aka meroyan. Ngahahaha. Dah kenna block kat  FB and IG, mau faham2 sendiri bahawasanya aku :- TAK SUKA KAU SIBUK2 HAL AKU! So next time, tak payah nak sibuk2 hal orang, jaga hal sendiri ehh. Jaga hal sendiri sudeyyyyy faham!

I am not perfect but at least I am not a STALKER! Haaa kau, amek.

Ok, back to my main topic - simpan duit.

Masa aku kolej dulu, aku pernah terbaca pasal simpan duit ni. 70% pakai untuk komitmen, 20% pakai untuk hutang dan 10% lagi simpan. First month buat, last2 ke laut. :D

Lepas tu, dah start kerja. Even gaji angka 4 digit pun aku tak boleh disiplinkan diri untuk simpan duit. Lepas tu tak simpan la duit. Ngahahaha. Aku boros, yet sangat boros. Ikut genetik arwah babah kot. Heeee~

And sekarang, aku sibuk nak berjalan merantau dunia. So opkos la kena simpan duit kan. So please disiplin. Tak yah ikut prinsipal kat atas pun takpe, janji ada duit untuk travel, makan and enjoy!

Till then

Sunday, May 17, 2015

Law of Attraction

Kadang-kala aku tertanya pada Tuhan, kenapa hidup aku berjalan lancar? Dari start sekolah sampai Alhamdulillah dah bekerjaya, aku dikira bernasib baik (kecuali untuk lucky draw je aku tak bertuah. ngahahaha). Aku pernah diganggu bunian masa aku form 5. Dan kawan aku pernah cakap, ada sesuatu melindungi aku. Ex aku pun cakap dia rasa something bila dekat aku. So aku ingat, aku ada saka. Ngahaha.

Ok la, aku bagi contoh terdekat. Aku dengan kakak aku. Aku dapat biasiswa dari sekolah menengah sampai kolej. Aku malas buat kerja sekolah, aku malas datang ke sekolah and kolej, kaki tidur bila cikgu/lect mengajar kat depan, tapi aku tak pernah fail. Kakak aku rajin gila buat kerja sekolah, rajin pergi sekolah, well, dia pun dapat biasiswa, tapi gred aku better dari dia. Aku lepas SPM terus dapat masuk kolej, pastu terus dapat biasiswa sebab top 10 dalam kelas masa semester 1 (tu pun aku tak pernah study). Kakak aku lepas SPM masuk form 6, lepas STPM tak dapat mana-mana tawaran to a better education/work, end up kerja kat sekolah memandu dengan basic yang sangat tak berbaloi dengan tenaga dia.

p/s : Tolong jangan salah faham, aku bukan menghina dia, or hina kerja lama dia, tapi entahlah, kalau aku jadi kakak aku, aku tak mungkin bersabar dengan situasi tu. Ingat, ni cuma perbandingan terdekat.

Baru-baru ni aku attend psychological motivational talk. Saja attend, mana tahu boleh buang persepsi negatif (aku memang tak suka company sekarang, tapi aku bertahan sebab aku bonded).

Aku pernah dengar 'Law of Attraction' tapi bagi aku mengarut. Hahaha.

When you think positive, the positive effect will take place on your event of the day. 90% event in our daily life created by nature, another 10% is control by us.

Masa aku sekolah, eventhough aku budak nakal, tapi azam aku bila tiap hari datang ke sekolah ialah dapat gred bagus supaya aku mampu pegang duit sendiri dan ubah kehidupan keluarga aku.

Masa aku belajar diploma, eventhough aku kaki tidur, aku berazam dapat gred yang bagus supaya dapat kerja yang bagus, dapat duit sendiri dan ubah kehidupan keluarga aku.

Nampak, 'mindset' aku? AKU DAPAT DUIT SENDIRI DAN UBAH KEHIDUPAN KELUARGA AKU. Apa yang aku buat sekarang, kerana sayang aku kepada keluarga aku, dan aku tak nak keluarga aku lalui zaman susah dulu. Cukuplah. Ini yang orang panggil 'The Power of Love'.

People spend on something that they value. And the thing that I value :  family.

Tapi kenapa ehhh aku tak bernasib baik dalam hubungan? Sebab aku selalu fikir negatif, terlalu berhati-hati, tak percaya pasangan sebab tu efek negatif selalu terjadi dalam hubungan cinta : putus tengah jalan.

So think positive, and you will realize this Law of Attraction. And next time, tak yah dok pikir saka la, penjaga la, apa la sebab your positive thinking can be your guardian to protect you and brighten you day. Hehehe.

Till then.


Wednesday, May 13, 2015

Stutter GapGapGap

2 hari lepas aku dijemput ke talkshow dalam bahasa Inggeris kat sebuah steaen televisyen tempatan.

At first masa manager kepada manager aku call middle of the night,

'Would you like to be interviewed?'

Aku dalam hati dah excited interview naik pangkat ke. Buat post basic ke. Sekali interview talkshow daaa... Punah harapan nak kerja opis hour. Cehh

Aku pun okay kan aje sebab aku suka mencuba benda baru and being in TV is a brand new thing untuk aku. Ok la. Marketing manager kat tempat kerja aku nih pun consult how to look and be profesional infront TV. I though I could do well. Sekali hampehhh. Hahahahaha.

Aku punya nebes tahap super saiya sebab aku tak biasa on camera, live show pulak tu. Semalaman practice jawab soalan, prepare London accent aku kununnya nak nampak so woooww.  Last2 kelaut accent aku tuh. Ngahahaha. Aku gagap and aku rasa aku tak menjawab soalan host. Host pun hangguk je dengar ape aku jawab. Ngahahaha. Muka nebes jangan cakap la. Aku tak senyum pun nampak garang, muka nebes toksah cakap la. Kekekeke.

Tapi bagi aku, being a host memang kau kena pandai sepandai pandainya. Bijak mengolah soalan, bijak beri body language so interviwee kau tahu, kau nak tanya soalan kat dia. You are great Lisa Wong! Adore U!

Tapi one thing yang buat aku rasa sangat dukacita ialah - arwah abah aku tak sempat tengok sejauh mana anak dia dah pergi. Mak aku, segala ayah saudara, mak saudara, sepupu semua tengok aku on TV.

Hey abah, your talkative daughter is on TV. :)

Mak aku pun bangga dengan aku. Dia yang tiba2 mention pasal arwah ayah aku. Terdiam sekejap aku. Memang, kalau arwah ayah aku tengok mesti pun bangga. Tapi dia bangga bukan dia kecoh satu dunia. Dia diam je, duduk sorang2 senyum sorang2. Hehehehe. Sweet je arwah ayah aku.

In shaa Allah, aku takkan berhenti beri yang terbaik. I am stepping a front ahead. And I will continue to do it. Doakan.

Till then


Monday, May 11, 2015

Piece of Mind

Satu benda menghalang aku dari move on from having a really serious relationship : keeping people from the past memory.

The way to move on : Remove them. Remove from everything that make we remember them that they have once, destroy your happiness.

They could be happy now, so do you. Nak jaga hati sendiri dan achieve happiness in my own way.

Alhamdulillah, piece of mind disitu.  :)


Wednesday, April 29, 2015

Those Hardship

Eversince rancangan Bersamamu disiarkan dari aku sekolah menengah sampai laaa ni, aku tak pernah tengok. Tak bother nak tengok sebab aku tak suka.

Hari ni entah kenapa aku terbuka hati nak tengok episod kali ni. Makan ayam kutip dalam tong sampah, berulat2 ayam tu tapi makan jugak. Tersentap aku.

Selama ni aku ingatkan zaman aku kecil dulu susah, rupanya ada yang lagi susah. Ingatkan zaman kecil aku paling worst, tapi ada yang lagi worst. Ingatkan zaman kecil aku paling sedih, tapi ada yang lagi sedih. :(

Susah macamana pun, arwah ayah aku tak pernah bagi anak dia makan dari hasil haram, tak pernah bagi anak dia kutip makanan dalam sampah. Nak ayam, dia belikan. Nak daging dia belikan. Walaupun dia perlu berhutang sana sini demi tengok anak dia makan apa yang dia nak.

Tak pernah sehari kami berlapar. Paling-paling pun, bubur nasi campur gula. Itu makanan yang family aku makan kalau arwah ayah aku betul2 tak ada duit. Orang lain pernah merasa berlapar sehari, dua tapi aku dan adik beradik aku tak pernah rasa semua tu. Paling2, sehari sekali mesti ada makan, walaupun sikit tapi tidak sampai berlapar.

And mak aku, tak pernah sesaat tinggalkan arwah ayah aku mengharungi kehidupan susah kami. Pernah sekali arwah ayah aku berjuang demi negara, sebulan lamanya. Mak aku dapat duit belanja RM200. Nak bayar sewa, nak bagi duit sekolah, nak masak lagi. Yet, tak pernah mak aku mengeluh dan berputus asa dengan arwah ayah aku. Alhamdulillah, cinta mereka hingga ke hujung nyawa.

Aku pernah janji nak belikan BMW kat arwah abah, tapi tak dapat. Harap, janji untuk hadiahkan mak aku rumah menjadi kenyataan sebelum aku/mak aku kembali kepadaNya.

You are the best dad abah. And mom, you are the best woman and mother. I love both of you. Thank you Allah beri peluang aku jadi anak mereka.

Sunday, April 19, 2015

Pennyless, and I Feel Useless

Kan aku baru balik bercuti dari Langkawi kan? Aku seriusly pokai abes. Silap aku satu je, aku pergi beli gems kat COC. Hahahaha. Mau abes RM 500 sebab aku upgrade most of the defense building lepas tu pergi beli shield sampai seminggu. Padan muka aku, addicted dengan game lagi. Hahaha.

Tak termasuk expenses kat sana agak mahal la bagi aku. Hotel, aktiviti, makan, shopping aku rasa habis almost RM700 kalu tak silap aku, or maybe more than that. So aku rasa macam ' Shit, not enough money, tak boleh beli coklat banyak2 untuk mak aku'. Langkawi memang best known place untuk coklat murah, so nak borong memang advisable beli kat sana (aku rasa pricing sama je dengan kat KL, ke aku salah? Well, I'm not addicted to chocolate pun)

Balik KL, tahu tak dalam purse aku ada berapa? RM 6! Hahaha. Tu tahap aku dah berhabis betul tu. Dan duit tu aku pakai untuk isi minyak moto dan that's it. Kalau tayar pecah ke, apa2 jadi kat baby aku tu, aku pasrah je. Sehari lebih Allah duga aku macam tu, tak lena tidur aku fikir mana nak cekau duit. Dah la hari Ahad ni aku janji dengan kawan aku nak pergi rumah dia kat Ipoh, duit lagi oiii. Memang aku rasa down gila. Allah betul2 duga aku betul2 dari segi duit. Selama ni, duit bukan masalah bagi aku, sebab cukup2 ada dari awal bulan sampai akhir bulan, at least RM10 pun mesti masih ada until next gaji.

Aku ada la duit syiling yang aku kumpul dari aku start kerja sampai sekarang, ada la dalam RM500 kalau tak silap aku, tapi that one memang aku takkan sentuh sampai bila2. Sebab aku memang suka kumpul syiling. And simpanan lain aku letak dalam buku akaun, so aku tak boleh simply sentuh duit tu even emergency macamana sekalipun.

Dan akhirnya aku tawakal, aku percaya Allah ada dengan aku. Sentiasa ada, tak kira kat mana sekalipun Dia sentiasa dengan aku. Tup2, kakak aku datang rumah, bagi karipap dia masak, then aku pass coklat dan kain songket dari Langkawi untuk mak aku. Lepas tu dia hulur RM50. Perghhhhhh, nak nangis aku masa tu. Depan kakak aku acting macho, ambil duit lepas tu chow masuk apartmen. Dalam bilik, tak henti aku ucap syukur dan cium duit tu berkali2. Serius weyh, aku sangat  bersyukur. Even if kakak aku bagi RM5 pun tadi aku bersyukur sebab aku nak pakai untuk makang. Kikikikiki.

Tu baru sikit Allah duga, aku gelabah biawak. Ternyata kepercayaan aku terhadap Allah melebihi segalanya. Aku mohon satu je masa aku pokai tu, permudahkan segala urusan aku. Jangan bagi motor aku rosak, jangan bagi aku lalai bawa motor, jangan bagi aku kena gastrik/pengsan sebab tak makan.
Tak kisah tak ada duit, tapi permudahkan segala urusan duniawi aku. Allah is the best! Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. peringatan untuk aku : jangan beli gems kat COC lagi, jangan boros, dan rajin bersedekah. What ever that you keep will finish, but what ever that you give, will remain. Pahala pun dapat.

Sekian for time being. Jumpa lagi. Till then










The Journey - Langkawi

After struggling for 3 years, barulah aku berkesempatan bercuti. Tak ada masa, tak ada duit, dan tak ada idea nak ke mana. So, kebetulan, ada seorang member aku ajak bercuti sebelum dia ke Singapura bulan depan ke guane, aku tak tau. So riki punya riki, nak bajet traveling la kununnye, tapi hampeh. Post bercuti aku pokai. Ngahahahaha. Balik dari Langkawi ke KL, puas merata cari orang tolong ambilkan kat airport sebab tak afford untuk bayar teksi (double caj if midnight). Finally dapat la, kawan member aku.

Tapi anyway, memang best la bercuti. Tak kisah la hitam kulit sekalipun janji dapat release stress. Hehehehe. Muka aku banyak naik bintik, ruam panas agaknya. Ala, kulit aku pun memang tak boleh kena panas sikit, sebab nanti burning and naik ruam panas tu la. Tak kisah, tak kisah, tak kisah janji dapat bercuti. So next, Mabul, maybe? :)

Here is a piece of me going bercuti yow!








P/ S : Gambar aku letak sikit je. Bukannya aku tak tahu, aku ada stalker tegar. Ngahahaha. Paranoid!

Friday, April 10, 2015

Aku Tak Faham GST

Tu diaaa. Bai'e mula berpolitik. Muahahahaha. Actually 2nd April ritu aku nak post, tapi tak terpost. Busy la katakan. Hahaha.

Ok, GST ni katanya kenakan caj 6% kat pengilang pemborong etc etc etc sebelum harga tu sampai kat pembeli. Jadi cukai tu pergi kepada kerajaan, dan kerajaan boleh pakai duit tu untuk pembangunan negara.

Tapi apa yang aku tengok ialah, barang makin mahal. So, GST ni meringankan beban rakyat ke, membebankan rakyat? GST tu pengguna kena tanggung pulak ke ehh? Adakah kementerian pantau? Kalau betul pantau, kenapa peniaga sesuka hati naikkan harga barang? Aku nak complain, tapi harga barang2 tertentu aku tak pasti harga sebelum n selepas GST berapa. Kang kalau simply buat report, malu sendiri kang. Tak pasal2 fitnah peniaga tu. Huhuhu.

Serius, dengan RM100 aku mampu beli barang penuh plastik bag kot. Ritu aku beli barang lepas 1 April, jd 3 plastik. What the fish? Hahahaha.

Aku rasa mungkin kementerian kena bagi senarai barang yang sepatutnya dijual kepada pengguna diedarkan. Kawan aku kata dia ada list tu, so why not edarkan kepada semua so semua orang alert. Tak de la masing2 kena tipu kan?

Isu topup pun tak habis oiiii. Topup pun kena GST. Wakakaka. Free 60min call tak bermakna apa2 sebab aku dengan mak aku ke, saudara mara aku ke, kawan2 aku ke sume pakai Whatsapp je. Senang!

P/S:  Mak aku call cakap tak dapat BR1M. Bagi aku baguslah, mungkin duit tu bagi kat orang yang lebih memerlukan. Aku mampu je nak sara mak aku. Tunggu greenlight je mak aku nak duduk sekali, now jugak aku angkut dia duduk dengan aku. Hehehehe.

Thursday, March 19, 2015

Jangan Bagi Harapan. Please!

Aku pelik dengan manusia. Serius sangat pelik. Aku pun manusia, dan aku pelik dengan diri aku sendiri. Tapi aku takkan sampai 'gadai diri'. Doakan la supaya aku takkan jadi macam tu. Huhuhu

Orang, bila ada masalah kewangan, instead of cari penyelesaian sendiri, I mean cari kerja lain ke, buat kerja part-time ke, jual barang terpakai ke. Ni tidak, 'jual diri'. Aku lagi respek orang korek tong sampah cari barang terpakai then jual, sebab mereka sanggup rempuh hujan panas demi sesuap nasi. 

Hanya kerana Allah SWT jentik sikit, gelabah. Cuba muhasabah diri, cari apa salah pada diri sampai Allah SWT uji macam tu. Tidak dengan Allah, dengan manusia. Instead of ajak orang kawen tiba2, which orang tu yang kau buang dan tinggalkan sampai hancur luluh hati dia, setahun lebih dia bangun sendiri, yang kau mati2 tak nak get back, dan kau pertahankan perempuan lain dari dia - yang selama ni bersusah payah untuk kau, and bila dia dah bangun, dah bina life sendiri tanpa kau dan ternyata lagi happy tanpa kau. Sudah-sudah lah tu hancurkan hidup orang. Dan tolong, jangan beri harapan kat orang kalau kau tak betul2 cintakan dia dan tak ada niat sunting dia jadi yang halal untuk kau. Aku bukan menulis entry ni untuk aku, tapi untuk gadis2 luar sana yang aku yakin dorang rasa apa yang aku rasa.

And macamana agaknya nak kawen dengan orang yang tinggalkan kau, orang yang hancurkan hati kau dan setahun lebih dia happy2 dengan orang lain, tup2 ajak kau kawen? And yes, sepanjang kau susah senang dia tak ada untuk kau pun. Dia bersenang dengan orang lain, susah baru nak cari kau. Kalau aku, tak nak ahh. Dia sedap2 dengan orang lain, pastu nak kawen dengan kau. Eh eh eh.

Pernah dengar kifarah kan? Aku dulu pernah tinggalkan orang yang betul2 sayangkan aku, devoted life, jiwa dia hanya untuk aku. Now, kawan2 aku semua dah kawen, tinggal aku seorang je belom kawen lagi. In shaa Allah saat itu akan datang, aku selalu berdoa kat Allah permudahkan urusan 'my future' untuk sunting aku. No couple2 ehh, aku rasa aku terlalu tua nak couple2 ni. Malas nak bazir masa tunggu orang, jaga hati orang bla3. Jaga diri sendiri sudah.

Tu je la untuk kali ni. Harap yang baca ni muhasabah diri sikit. Setiap apa yang aku tulis bukan pinpoint seorang demi seorang, tapi untuk aku juga suatu hari nanti. Manatau kot-kot aku pun bakal jadi iblis nanti. Woish, simpang! Tak mau aku!

P/S : Happy with my life now. Alhamdulillah. :)



Thursday, March 12, 2015

Lepa-king

Semalam adalah malam yang buat aku dan terimbau kenangan masa jahiliyyah aku dulu. Rindu tu dah takde, sebab past is past. Sekarang aku dah berubah dan Alhamdulillah dah istiqamah berubah, so korang pun doakan lah yang terbaik okeh.

Aku keluar dengan kawan aku sorang ni. Baru kenal, tapi kitorang dalam bidang yang sama, so cepat gila rapat dengan dia. Dia pun suka dengar aku cerita itu ini dengan dia, pastu suka bergurau, then dia layan je aku punya gila. So aku extreme selesa dengan dia.

Dia datang dari jauh, so dari tengahari aku lepak la dengan dia, keluar tengok wayang, sama2 try Korean food kat Dubu-Dubu, pastu melepak kat UTC Pudu. Semalam suppose dia balik rumah pakcik dia, tup2 dia cakap tak puas melepak dengan aku, jadi sambung la melepak sampai pukul 6 pagi hari ni. Ngahahaha.

Dari UTC Pudu, jalan kaki sampai depan Masjid Jamek, pastu sambung bersembang. Kitorang banyak bersembang la, dia cerita pasal dia, aku cerita pasal aku. Yang buat aku mengimbau gila kenangan masa dulu2, ialah melepak sampai pagi dengan geng rempit aku dulu. Jalan kaki tu banyaknye if aku keluar dengan Ain je pergi shopping mall to another shopping mall.  Nasib baik semalam duit aku tak berapa nak ada, kalau tak, aku ajak dia teman aku karok kat Low Yatt. Hahahaha.

Dulu, aku pernah gak nak wat kerja gila melepak kat KL sorang2. Hahaha. Tapi fikir safety, dengan aku pun tak arif sangat jalan KL, dengan mana lagi aku perempuan then alone, tak payahlah. Cari penyakit namanya tu. Nak ajak kawan, kawan pun ada life memasing. Dorang pun ada transport masing2, ajak keluar jalan kaki memang takkan punya. Ngahahaha.

So thanks a lot la kat kawan aku sorang ni, menunaikan hasrat aku yang dah lama terpendam ni. Hahahaha. Nanti nak ajak dia teman aku lepak lagi la. Kali ni Dataran Shah Alam pulak. Tempat feveret aku tuh. Kihkihkih

Till then.

Tuesday, March 10, 2015

Malam yang Sleepy~



Malam ni sejuk gilo. Tapi aku tak pakai pun sweater sebab sweater aku basah kena hujan. Lebat weyh hujan semalam. Nasib aku gerak awal kalau tak lagi lebat. Huhuhu.

Kasut pun basah sebab aku pergi langgar lopak air.

Tadi masa kat changing room, terserempak dengan Ms Cheng, HOD Rehab. Dia akan berhenti kurang masa 2 bulan dari sekarang. Gonna miss her sebab dia baik. So aku sembang2 dengan dia dan aku request nak pinjam kasut dia sebab kasut aku basah. Tapi tak boleh sebab kasut dia besar. So the only thing yang dia bagi ialah stokin dia baru beli dan tak pernah pakai, dia bagi terus dan free je. Hahahaha. Lepas ni kalau Ms Cheng tu dah tak ada kat hospital ni, pakai je stokin free dia, aku akan teringatkan dia. All the best Ms Cheng, semoga you berjaya kat luar sana!

Fikir punya fikir, aku call department minta pinjam kasut. Nasib baik ada, kasut crocs yang getah keras dia bagi aku. Alhamdulillah ade la jugak something untuk aku pakai rather pakai kasut basah. Euwww belengaih, tak sanggup aku! Tapi sakit la sebab kau berjalan ke sana sini dengan kasut crocs tu.

Datang keje, hoo haa hoo haa, 2 sachet kopi aku hentam, equivalent to 4 cawan kopi. Nowadays aku dah selalu minum kopi pagi2, efek anti-sleepy dah tak berkesan dengan aku. Kuyu je mata pagi ni. Huhuhuhu. Trying to be active untuk hilangkan mengantuk, tapi bila dah tak aktif macam sekarang (duduk atas kerusi update blog) aku mula rasa mengantuk balik. Haih.

Hari ni 10hb, tapi aku mati2 ingat 11hb. Ngahahaha. Nampak sangat aku sangat zzzzz. Memang aku tunggu datangnya 11hb sebab nak bersiar-siar menghayati keindahan alam, alone. Dah lama sangat oke aku tak keluar rumah. Menghadap COC je keje aku. Kihkihkih. So sekali sekala jalan-jalan hilangkan stress dan menghayati kebesaran Allah, ada pekdah jugak.

Till then.

Saturday, March 7, 2015

Damansara Yow!

Alhamdulillah, pindah jugak aku harini. Dari pukul 2.30 ptg aku balik rumah, solat, tidur jap, kemas sikit2 lagi barang2 aku dan chow: into the new house.

Actually aku pun mati akal macamana nak keluar ni sebab aku betul2 dah nekad nak keluar rumah. Tak tahan aku weyh. Mujur la akak umah ni willing untuk tolong aku pindahkan barang. Tarima kaseh Kak Su!

So pindah2 barang, sampai jahanam beg traveler aku baru beli haritu. Ngahahaha. Padan muka, sumbat lagi baju banyak2 dalam tu, dengan buku yang maha banyak, memang berat la ceritanya. Sekali nak angkat, putus handle dia. Ganas betul. So goodbye traveler bag, i put you into garbage house. Dah kaya sikit nanti aku beli je beg baru. Lolololol.

Ok, first impression aku pasal Damansara:  sesak sikit dari rumah lama aku and jauh sikit dari tempat kerja aku. So lepas ni sila bersiap awal ye cik Bai'e!

First impression pasal rumah baru aku? Saya bagi 4 sabun Daia. Ok la, rumah ni bersih, wangi, kemas and i love it. Cumaaaa masa aku tengah kemas2 sikit bilik dan dapur, dapur tu fail sikit la. Hahahaha. Tapi better dari rumah lama aku which benda rosak, kakak aku buat bodoh, aku lagi la buat bodoh. Kekekeke. Bilik aku? Niceeeeee, i loike sebab bilik nii baya sama macam rumah lama aku, tapi include bil air and elektrik. And pay less, sebab rumah lama bil air dan elektrik aku yang bayar. Sebulan mau cecah RM150. Why so banyak? Sebab.... duduk kondo ni bil air dia lum sum semua and dia divide sama rata dengan semua residen blok tu. Instead kau pakai air tu sikit tapi still kena bayar RM70 (minimum yang aku pernah bayar) kat management. Paling best ialah, 2 tilam aku seorang, 2 almari aku seorang.  Ada ruang besar untuk solat, golek2 sambil baca buku, and buat video sing a song! :P  :P   :P

Housemate aku? Dia baik, lembut orangnya dan comel. Kekeke. Kak Su nama dia. Aku tak tanya pulak umur dia berapa, tapi aku hentam je panggil akak. Hahaha. Dia dah ada boyfren, so pembaca lelaki tuh, sila jangan nak menggatal.

So tu je for now. Aku gembira. Harap rasa ini terus bersarang dalam hati aku. Nak bersawang pun takpe sebab aku gumbira.

Till then

Saturday, February 14, 2015

W8ing

Hari ni kerja malam macam biasa. Nak pulak dengan manusia2 yang bakal berhenti within this month. Diorang dah kawen, sorang tu dah ada anak. Dua2 masa zaman single comey lotey now badan membulat. Bahagia la katakan. Ngahahahaha.

Bai'e bercerita la kat diorang pasal keinginan nak ada life macam diorang : I mean kawen la. Ya Allah, gatai gila aku. Ngahahaha. But who cares? I really mean it. Ye la, from dumped people, then being dumped, Bai'e xpernah putus asa dalam mencari cinta. Tipu la cakap Bai'e selesa being a single lady. Nowadays rasa sunyi gila. 

Lepas clash dengan seorang hamba Allah ni, ade la jugak kenal few men. Dalam sehari mesej masok berpuluh, xlarat nak reply satu2. Lepas tu masing2 senyap sebab dah kenna friendzone. Wakakaka. Bukan tak nak mengenali, tapi hati masih trauma kot time tu, nak pulak kenna time tu tengah busy. Bai'e ni dah la 'Sleeping Beauty', dapat tidur lepas kerja berhempas pulas seharian, perghhhh siokkk. And bila kena time Bai'e tido, orang call ke mesej je, I don't care, I won't answer or pick-up. Seen mesej, tapi tak reply lah. 

Lepas tu cakap la kat member ni haaa. Sorang tu suggest nak kenalkan kat kawan husband dia. Kawan husband dia ni dah ada rumah, dah ada kereta. Senang kata complete everything, cuma suri hati je takde lagi. Well, Bai'e memang picky sikit. I mean, if someone tu pendek drpd Bai'e ataupun terlalu kurus, Bai'e tak pandang sangat. Sebab Bai'e kan mixed Arab/Siam sebelah mak, while sebelah arwah abah Sri Lanka, so dalam adik-beradik Bai'e hanya Bai'e, abang Bai'e and adik2 lelaki je tinggi, yang lain renek ikot keturunan sebelah arwah abah. Hahahaha. So ya, Bai'e suka lelaki tinggi sebab Bai'e nak anak2 Bai'e tinggi2 macam model. Wekkksss. Gila gatai.

Sorang lagi ni pulak, nasihatkan. Dia cerita experience dia la. Dia sama baya dengan Bai'e. Dia kawen umur 23 tahun. And husband dia pun sama. The reason being dia kawen sebab mak ayah dia asyik push2 untuk kawen, while dia jealous tengok orang sekeliling pakat2 kawen. Suppose target kawen umur 24-25 tahun, tapi reason2 diatas buat dia kawen awal. Gaji husband dia rendah je, lingkungan RM1500, while dia pulak masa tu baru kerja, gaji lingkungan RM2000+. Kalau ikutkan, husband dia tak fit untuk kawen sebab gaji tak banyak mana nak pelihara anak orang, tapi sebab masing2 dah kerja, dia pulak gaji lebih sikit dari husband dia, maka dia cakap 'Takpa sayang ada.' So kawen la mereka berdua ni. 

Mula2 kawen, ok la. Dah lama2 asyik bergaduh sebab duit. Yes duit. Kadang2 dia buka dompet husband dia tengok kosong, dia pun dalam purse kosong. Untuk seminggu makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng. Lepas tu makan megi sama2. Now, Alhamdulillah husband dia gaji dah masuk RM3K, maka life dorang ok sikit la. Then dia pulak nak berhenti dari company ni and try cari kerja dekat utara : dekat dengan family dia and family mertua dia. 

Dia pesan : kalau dah single, kau memang rasa nak kawen sebab kau sunyi. Tapi bila kau dah kawen, kau akan rindu zaman kau single dulu. Aku and husband aku kawen muda, masing2 nak enjoy, tapi orang kata jodoh sampai time tu, maka aku dan dia disatukan. Kalau tengok aku and husband aku masing2 masih nak enjoy : dia still lepak2 dengan kawan2 dia, aku pun sama. Jangan rush, masa tu akan tiba jugak, Nak kawen best tapi bukan senang. Walaupun kau senyum kat husband kau pun dapat pahala, tapi tanggungjawab besar. Sebab utama penceraian ialah duit. Kalau kau tak ready lagi, better persiapkan diri. 

Sekian. Till we met again. Heeee~

Sunday, January 25, 2015

Jodoh

Bila tengok one by one kawan mendirikan rumahtangga, I feel the same too. Nak kawen jugak! Ngahaha, tapi kenapa cam lambat je? Huhuhu. Bila nak jumpa my Mr Right ehh? Hmm

Who are my future husband? How the story begin? Will it be like

A : Bercinta bertahun2 and finally kahwin?
B : Being dumped cruelly many times, then coincidently meet the husband, and happily married?
C : Tak bercinta dengan sape2, at last kawen dengan kawan masa sekolah menengah
D : Ala2 citer hindustan, jumpa tak sengaja, atau ter accident tumpah air ke, terlanggar bontot kete ke, tukar2 no fon, kenal2 and finally decided to get married
E : Balik dengan ex, then kawen
F : Rapat dengan mana2 lelaki, meet the parents then kawen
G : Tetibe kawen dengan kawan abang ipar/ abang kandung / member antara member
H : Tak tahu sape2 berkenan, then lelaki tu terus masuk meminang
I  : Ala2 drama melayu, kawen kontrak then jatuh cinta and happily ever after
J : Kawen dengan kawan dari kecil
K : Kawen dengan scandal. Wuuuu

Walau macamana pun jalan ceritanya, I will wait for the time comes.

Dear my future husband, jaga diri, jaga hati, jaga iman. In shaa Allah kita jumpa nanti, dalam mahligai yang kita bina nanti. Huuu

And for me, STOP BEING A PLAYER! Ngahahaha

Thursday, January 15, 2015

My 1st Day @ School

tadaaaa.. my pic mse darjah 3 dulu. kalau teror teka which one was me?

Dulu first time masuk alam persekolahan darjah 1, kenal alam persekolahan, mak risau 'Boleh ke anak aku cope dengan persekitaran baru?' sampaikan tunggu 1 jam luar kelas tengok Bai'e oke ke x. Few kawan2 nangis bila mak dorg tinggal. Lagi risau puan Azizah, takut Bai'e pun turut nangis bila dia tinggalkan Bai'e untuk belajar.  Padahal dulu masa darjah satu Bai'e dalam hati boleh cakap 'Kenapa mak tak balik rumah lagi? Orang nak sekolah tak selesa mak ade.' Dalam hati berani cakap la, cakap depan2 mau kena smack down dengan mak Bai'e time tu. Hahaha

Sekarang dh kijo, asyik jaga mak n ayah orang lain je. Bai'e harap mak ade sini so mak dekat dengan mata Bai'e, n tak perlu risaukan mak, sebab mak ade depan mata je.

Baru tahu rasa hati mak bila firstttttt time mak nak tinggalkan Bai'e untuk sekolah dulu. Sama la perasaannye. Tapi reasonnye obviously la bkn sbb mak masok sekolah. LOL. Bai'e nak mak ade dkt dgn jadi Bai'e boleh jaga mak sebaik mungkin. Well, satu hari nanti. Mungkin. Semoga Allah permudahkan. :)

P/S : Ni gambar mse darjah 3. Gambar darjah 1 dh hancur kne gunting halus2 sbb ade orang dengki. Haha. Guess who? *ching ching*

Thursday, January 8, 2015

Goodbye 2014, Hello 2015

2014 da melabuhkan tirainya. Suka duka pahit manis tawaq habiaq masin payau sume ade. Hahaha. TQ to those being part of it. XOXO

So azam 2015 ialah.........



RAHSIA!! Hahaha. It'll be in my private list. Which, dapat capai Alhamdulillah. Kalau tak, kite carry forward tahun depan. Ngee~

Let's be better this year. In shaa Allah.