Wednesday, June 25, 2014

Feral Child

Masa Bai'e semester 1 belajar subjek Psychology, my favourite lecturer Puan Hanim ada cerita tentang kisah seorang budak perempuan yang diabaikan. Ok, kalau korang google pasal kisah ni (boleh search kat wikipedia - paling senang nak cari info, tapi jgn percaya 100% sbb ianya boleh ditokok tambah) , it's kinda different from my lecturer's story. Boleh jadi my lecturer salah cerita, kisah ni pasal 2 orang yang berlainan atau, sumber internet tak boleh dipercayai. :P

Genie, kanak2 yang diabaikan secara maksima. Ok, ni Puan Hanim yang cerita eh, not me. Hihihihihi

Genie dilahirkan pada zaman 1930-an, sebelum Perang Dunia Kedua bermula. Dia ni anak luar nikah, ibunya dirogol lalu 'ter'pregnantkn Genie. Pada zaman tu, mengandungkan anak luar nikah adalah suatu perkara yang sangat memalukan. Kalau anak tu dilahirkan, samada dibuang atau diserahkan kepada keluarga angkat. Mungkin kerana naluri ibu, mak Genie melahirkan jugak Genie di bangsal belakang rumahnya. Genie disusukan ibunya, lepas disusukan, mak dia balik rumah dan Genie ditinggalkan berseorangan dalam bangsal. Mak dia cuma bagi makan, no communication happen between the mother and the child.

Sampai umur Genie 4 tahun, dia ditemui oleh sukarelawan yang tak sengaja menemukan dia. Dorang ni lebih kurang macam psychology researcher kot. So, masa mula2 dorang jumpa Genie, not a single word come from her tongue (or mouth). Dorang ingatkan Genie ni delayed development, bisu, tapi lepas dorang buat pemeriksaan terperinci, Genie tak buta, pekak mahupun bisu. Dorang dapati Genie diabaikan secara maksima which ibunya asingkan dia dari masyarakat, tak berkomunikasi dengan dia, tak boleh berjalan dan pada umur 4 tahun dia tak tahu bercakap.

So psychologist researcher ni bawa dia balik ke institusi dorang, beri Genie bergaul dengan budak2 lain dalam masa yang sama, buat research pasal behaviour. Within few months Genie tunjukkan perkembangan positif yang mana dia bergaul dengan rakan2 sebaya dia, boleh berkomunikasi sikit2 dan jadi macam kanak2 lain, tapi still slow la. Sebab ye la kan, dari neonate human skill tak dikembangkan by somekind of stimulation - bagi meniarap, berkomunikasi, bagi mainan sesuai dengan umurnya dll, so development pun jadi terbantut.

After that, masa umurnya nak injak 5 tahun, dia meninggal. Mungkin disebabkan dia tak boleh cope dengan persekitaran sekeliling yang berubah secara mendadak.

Kes ni memang hot, jadi tumpuan dunia, even sampai sekarang. If you teach to isolate a child, s/he cannot cope with open environment. They can cope, either it will be late, and effect the social skill or die from coping. It's human behaviour, though.

Tu je nak cerita ;) Goodnight

Monday, June 9, 2014

Tahniah my BFF

Semalam, Alhamdulillah my BFF @ my unofficial twin jadi isteri orang. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan menjadi suami isteri. Dugaan demi dugaan, akhirnya halal jugak hubungan mereka. Bai'e as best fren tumpang gembira sebab my BFF sah jadi isteri orang. Hehehe.

Dia ni la bahu masa Bai'e putus cinta dulu. Bawa Bai'e kehulur kehilir nak tengok Bai'e happy balik. Thank you my friend. I love u now and forever.

Ni secebis dua gambar pada hari bahagia dia. ;)






Tuesday, May 20, 2014

Aku Isterinya

Married, get a twin baby. In shaa Allah, my turn will come soon. :D

"Terima kasih sebab bahagiakan saya."

"Sepatutnya saya yang kena cakap macam tu."

"Terima kasih sebab awak sayang saya sepenuh hati awak, jaga saya sebaik-baiknya dan bagi keluarga yang besar untuk saya."

Believe in Allah's power. He will grant you the best in your life. ;)

Sunday, May 11, 2014

Dah Jumpa Yeay!

Alhamdulillah. Jumpa. Hahaha. Awak cari pakai lutut memang la tak jumpa. Orang cakap tempat A, awak pergi cari kat B, C dan D. Cuainye awakkkkkkkkk. :P

Ok, sekarang boleh tido nyenyak. Yeay!! Yeay!! Yeay!!

Oppss :3


Saturday, May 10, 2014

Hilang :'(

Stress. Baru je nak lelap, sekali department call mana barang sekian2. Aduhai.

So google la. Awak bukan alim sangat, bab2 doa ke, even solat sunat pun tanya orang. Jahilnya la sahaya. Huhuhu. :( Orang kata better to learn now than learn nothing.


Sekadar perkongsian. ;)

P/S : Harap2 barang tu jumpa soon. Serabut eh.

Monday, May 5, 2014

:(

What a day la! Now I don't have anyone to talk with, so berceloteh la dalam blog ni haa. Oh, blog. Sorry I've abandoned you all this while (sobs)

Hari ni, kerana communication breakdown, saya kena jerit dan kena marah. No, it is absolutely not my fault, but since it is called as 'teamwork', so if orang lain buat salah, u cannot run away from it. Yes!

Now total mental breakdown. Tak pe, nanti kita ngadu kat 'Kekasih Abadi'. 'He' always there when I need Him the most.  :)

Thursday, May 1, 2014

Human Relationship (Family)

Semenjak dikau pergi dari hidupku, tiada lagi kegembiraan buatku. Ok, lately life cam bosan sikit sebab dah tak ada orang nak mesej selalu, tak ada orang nak ambil berat dah, which I had a very pity life sejak 'dia' pergi. Gambar dalam henset ada dalam 100+, tengoklah macamana. Nak delete sayang sebab tu semua gambar tengah senyum sama2, so maksudnya all this while, kami bahagia bersama.

So, semalam before tido, Bai'e terfikir pasal human relationship ni haa. Pernah dulu time sekolah orang argue jadi perempuan ni malang sebab kena taat dengan mak ayah, pastu kena taat dengan suami pulak.

So, last night I came up with this, which sebenarnya jadi perempuan ke, lelaki ke, kita semua makhluk Allah, so sebaik2 ciptaanNya adalah yang terbaik.

1) Anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah sejak kecil sehingga akhir hayat mereka. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa mereka.

2) Anak perempuan WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah dari kecil sehingga berkahwin. Sebelum berkahwin, redha Allah terletak pada redhanya ibu bapa, selepas berkahwin pula, redha Allah terletak pada redha sang suami.

3) Anak itu adalah amanah Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin agar mampu jadi khalifah di atas muka bumi.

So, baban apa yang Bai'e nak merepek ni? Haha. Ok, seorang anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah bapa, sejak dia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Dia kena gembirakan mak ayah dia tak kiralah apa method pun, asalkan parent dia happy. Kira macam sejuk perut ibu mengandung. Bukan sahaja mak ayah kandung, mak ayah mertua pun kena taat. Haa, ayok.

Lelaki banyak tanggungjawab. Selain dari pastikan keluarga yang dia bina cukup makan pakai, mak ayah kandung dan mertua dia (kalau dah berkahwin) pun dia kena pastikan cukup keperluan mereka. Lagi, dosa kakak dia, adik perempuan dia, isteri dia, anak2 dia semua dia kena tanggung. Haaa, untung ke jadi lelaki ni? Hehehe. Gentle reminder ya, jangan lebihkan isteri daripada ibu anda. Ingat, bukan awak kena taat dengan isteri, sebaliknya isteri yang kena taat dengan awak. Yang awak kena taat ialah IBU.

Perempuan pulak. Mula2 kena taat kepada ibu bapa, dah kahwin kena taat kepada suami. Dengar kata mak ayah, jaga maruah keluarga dll antara tanggungjawab anak perempuan. Dah kahwin kena taat kepada suami pulak. Awak kena pastikan makan pakai suami awak terjaga, jangan memberontak, ikut cakap husband awak, kalau dia suruh lompat, lompat. Kalau dia suruh meniarap, meniarap lah. Haha. Kita as a woman ni kilang anak, which kalau kita ni baik, maka baiklah anak tu nanti, in shaa Allah. Seorang perempuan tidak menanggung dosa suami, abang or adik lelaki, hanya tanggung dosa sendiri. Kalau kata ada anak, anak kena wajibkan awak dulu baru sang suami. So, still malang ke jadi perempuan ni? :P

Setiap ibu bapa TAK BOLEH berlaku kejam terhadap anak. Mendidik disarankan, tapi jangan sampai mengganggu mental si anak. :)

Tu je.

P/S : Nak bahagiakan perempuan ni, bagi dia banyak kejutan. Hadiah ke, even bunga sekuntum pun boleh buat dia tersenyum sampai telinga. Lagi2 gelang emas, lagi dia tersenyum lebaq punya. Hehehe

P/S/S : Nak bahagiakan lelaki? Entah, saya baru putus cinta so maknanya saya ni tak pandai bahagiakan si lelaki. :P