Thursday, May 1, 2014

Human Relationship (Family)

Semenjak dikau pergi dari hidupku, tiada lagi kegembiraan buatku. Ok, lately life cam bosan sikit sebab dah tak ada orang nak mesej selalu, tak ada orang nak ambil berat dah, which I had a very pity life sejak 'dia' pergi. Gambar dalam henset ada dalam 100+, tengoklah macamana. Nak delete sayang sebab tu semua gambar tengah senyum sama2, so maksudnya all this while, kami bahagia bersama.

So, semalam before tido, Bai'e terfikir pasal human relationship ni haa. Pernah dulu time sekolah orang argue jadi perempuan ni malang sebab kena taat dengan mak ayah, pastu kena taat dengan suami pulak.

So, last night I came up with this, which sebenarnya jadi perempuan ke, lelaki ke, kita semua makhluk Allah, so sebaik2 ciptaanNya adalah yang terbaik.

1) Anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah sejak kecil sehingga akhir hayat mereka. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa mereka.

2) Anak perempuan WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah dari kecil sehingga berkahwin. Sebelum berkahwin, redha Allah terletak pada redhanya ibu bapa, selepas berkahwin pula, redha Allah terletak pada redha sang suami.

3) Anak itu adalah amanah Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin agar mampu jadi khalifah di atas muka bumi.

So, baban apa yang Bai'e nak merepek ni? Haha. Ok, seorang anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah bapa, sejak dia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Dia kena gembirakan mak ayah dia tak kiralah apa method pun, asalkan parent dia happy. Kira macam sejuk perut ibu mengandung. Bukan sahaja mak ayah kandung, mak ayah mertua pun kena taat. Haa, ayok.

Lelaki banyak tanggungjawab. Selain dari pastikan keluarga yang dia bina cukup makan pakai, mak ayah kandung dan mertua dia (kalau dah berkahwin) pun dia kena pastikan cukup keperluan mereka. Lagi, dosa kakak dia, adik perempuan dia, isteri dia, anak2 dia semua dia kena tanggung. Haaa, untung ke jadi lelaki ni? Hehehe. Gentle reminder ya, jangan lebihkan isteri daripada ibu anda. Ingat, bukan awak kena taat dengan isteri, sebaliknya isteri yang kena taat dengan awak. Yang awak kena taat ialah IBU.

Perempuan pulak. Mula2 kena taat kepada ibu bapa, dah kahwin kena taat kepada suami. Dengar kata mak ayah, jaga maruah keluarga dll antara tanggungjawab anak perempuan. Dah kahwin kena taat kepada suami pulak. Awak kena pastikan makan pakai suami awak terjaga, jangan memberontak, ikut cakap husband awak, kalau dia suruh lompat, lompat. Kalau dia suruh meniarap, meniarap lah. Haha. Kita as a woman ni kilang anak, which kalau kita ni baik, maka baiklah anak tu nanti, in shaa Allah. Seorang perempuan tidak menanggung dosa suami, abang or adik lelaki, hanya tanggung dosa sendiri. Kalau kata ada anak, anak kena wajibkan awak dulu baru sang suami. So, still malang ke jadi perempuan ni? :P

Setiap ibu bapa TAK BOLEH berlaku kejam terhadap anak. Mendidik disarankan, tapi jangan sampai mengganggu mental si anak. :)

Tu je.

P/S : Nak bahagiakan perempuan ni, bagi dia banyak kejutan. Hadiah ke, even bunga sekuntum pun boleh buat dia tersenyum sampai telinga. Lagi2 gelang emas, lagi dia tersenyum lebaq punya. Hehehe

P/S/S : Nak bahagiakan lelaki? Entah, saya baru putus cinta so maknanya saya ni tak pandai bahagiakan si lelaki. :P



No comments:

Post a Comment