Wednesday, February 5, 2014

Tomyam Ala Thai

Starting create blog tahun 2011 sampai la sekarang, tak sempat lagi nak tunjuk skill memasak. Hehehe.

Soooooo, hari ni, teringin la pulak nak masak dan makan Tomyam ala Thai. Bai'e kalau balik kampung, nak ber'experiment' pun kat rumah kampung je, sebab kalau balik KL, tak ada siapa nak makan pun KECUALI Bai'e seorang. Huhuhu. Everything manually cooked included pes tomyam.




pes tomyam

Alhamdulillah, mak Bai'e cakap sedap. Hehehe. Cuma tak berapa nak masam sangat sebab Bai'e lagi prefer asam jawa yang dalam pek empat segi ( yang biji asam jawa tak terasing dari pes asam jawa) daripada pes asam jawa Adabi tuh. Yang ni asam jawa dia tak berapa nak masam + manis2 sikit. Asam jawa dalam pek empat segi tu, dia masam betul + masin2 sikit, so maybe lagi sesuai la kot nak buat pes tomyam ni. Plus, daun limau purut tak ada, so, Bai'e pakai air limau purut sahaja, so bau tomyam tu tak terangkat sangat. Lagiiii, cek lupa nak blend serai masa nak blend bahan2 nak buat pes. Hehehe >.<

P/S : Yang ni resipi untuk 3-4 orang / serve. Kalau nak, buat lebih pun tak apa, simpan dalam peti ais. Bila teringin nak masak tomyam lagi, pakai je pes ni. :D

So, ini resipinya. 

Pes tomyam

7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
1. Semua bahan di atas di kisar.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
4. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.

Bahan untuk sup tomyam
 
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh pun)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Cara cara
1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

* gambar tidak dapat di upload sebab masa nak tulis entry ni, sup tomyam telah habis dimakan oleh adik2 mushang sahaya. :P

No comments:

Post a Comment