Monday, December 2, 2013

Kau Pergi~

Di saatku putus harapan,
Kau datang memberi harapan itu
Sayangi aku apa adanya
Terima aku apa kurangnya

Di saat kurasakan
Tiada nilainya cinta
Kau datang memberi sinar baru
Berjanji menjadi milikku

Kini kau dan aku tiada lagi bersama
Pedihnya hati merindui dirimu
Kenangan aku dan kau tetap di dalam hati
Kerana aku berjanji hatiku milikmu

Kenangan kita masihku simpan kemas
Dengan harapan kau akan kembali kepadaku
Namun harapan menjadi mimpi
Kerana kau bukan milikku lagi

Sakitnya hati ditinggalkan dirimu
Membawa hati yg dicuri olehmu
Pilunya hati membiarkan kau pergi
Walaupun hati tidak mahu

No comments:

Post a Comment