Wednesday, April 29, 2015

Those Hardship

Eversince rancangan Bersamamu disiarkan dari aku sekolah menengah sampai laaa ni, aku tak pernah tengok. Tak bother nak tengok sebab aku tak suka.

Hari ni entah kenapa aku terbuka hati nak tengok episod kali ni. Makan ayam kutip dalam tong sampah, berulat2 ayam tu tapi makan jugak. Tersentap aku.

Selama ni aku ingatkan zaman aku kecil dulu susah, rupanya ada yang lagi susah. Ingatkan zaman kecil aku paling worst, tapi ada yang lagi worst. Ingatkan zaman kecil aku paling sedih, tapi ada yang lagi sedih. :(

Susah macamana pun, arwah ayah aku tak pernah bagi anak dia makan dari hasil haram, tak pernah bagi anak dia kutip makanan dalam sampah. Nak ayam, dia belikan. Nak daging dia belikan. Walaupun dia perlu berhutang sana sini demi tengok anak dia makan apa yang dia nak.

Tak pernah sehari kami berlapar. Paling-paling pun, bubur nasi campur gula. Itu makanan yang family aku makan kalau arwah ayah aku betul2 tak ada duit. Orang lain pernah merasa berlapar sehari, dua tapi aku dan adik beradik aku tak pernah rasa semua tu. Paling2, sehari sekali mesti ada makan, walaupun sikit tapi tidak sampai berlapar.

And mak aku, tak pernah sesaat tinggalkan arwah ayah aku mengharungi kehidupan susah kami. Pernah sekali arwah ayah aku berjuang demi negara, sebulan lamanya. Mak aku dapat duit belanja RM200. Nak bayar sewa, nak bagi duit sekolah, nak masak lagi. Yet, tak pernah mak aku mengeluh dan berputus asa dengan arwah ayah aku. Alhamdulillah, cinta mereka hingga ke hujung nyawa.

Aku pernah janji nak belikan BMW kat arwah abah, tapi tak dapat. Harap, janji untuk hadiahkan mak aku rumah menjadi kenyataan sebelum aku/mak aku kembali kepadaNya.

You are the best dad abah. And mom, you are the best woman and mother. I love both of you. Thank you Allah beri peluang aku jadi anak mereka.

Sunday, April 19, 2015

Pennyless, and I Feel Useless

Kan aku baru balik bercuti dari Langkawi kan? Aku seriusly pokai abes. Silap aku satu je, aku pergi beli gems kat COC. Hahahaha. Mau abes RM 500 sebab aku upgrade most of the defense building lepas tu pergi beli shield sampai seminggu. Padan muka aku, addicted dengan game lagi. Hahaha.

Tak termasuk expenses kat sana agak mahal la bagi aku. Hotel, aktiviti, makan, shopping aku rasa habis almost RM700 kalu tak silap aku, or maybe more than that. So aku rasa macam ' Shit, not enough money, tak boleh beli coklat banyak2 untuk mak aku'. Langkawi memang best known place untuk coklat murah, so nak borong memang advisable beli kat sana (aku rasa pricing sama je dengan kat KL, ke aku salah? Well, I'm not addicted to chocolate pun)

Balik KL, tahu tak dalam purse aku ada berapa? RM 6! Hahaha. Tu tahap aku dah berhabis betul tu. Dan duit tu aku pakai untuk isi minyak moto dan that's it. Kalau tayar pecah ke, apa2 jadi kat baby aku tu, aku pasrah je. Sehari lebih Allah duga aku macam tu, tak lena tidur aku fikir mana nak cekau duit. Dah la hari Ahad ni aku janji dengan kawan aku nak pergi rumah dia kat Ipoh, duit lagi oiii. Memang aku rasa down gila. Allah betul2 duga aku betul2 dari segi duit. Selama ni, duit bukan masalah bagi aku, sebab cukup2 ada dari awal bulan sampai akhir bulan, at least RM10 pun mesti masih ada until next gaji.

Aku ada la duit syiling yang aku kumpul dari aku start kerja sampai sekarang, ada la dalam RM500 kalau tak silap aku, tapi that one memang aku takkan sentuh sampai bila2. Sebab aku memang suka kumpul syiling. And simpanan lain aku letak dalam buku akaun, so aku tak boleh simply sentuh duit tu even emergency macamana sekalipun.

Dan akhirnya aku tawakal, aku percaya Allah ada dengan aku. Sentiasa ada, tak kira kat mana sekalipun Dia sentiasa dengan aku. Tup2, kakak aku datang rumah, bagi karipap dia masak, then aku pass coklat dan kain songket dari Langkawi untuk mak aku. Lepas tu dia hulur RM50. Perghhhhhh, nak nangis aku masa tu. Depan kakak aku acting macho, ambil duit lepas tu chow masuk apartmen. Dalam bilik, tak henti aku ucap syukur dan cium duit tu berkali2. Serius weyh, aku sangat  bersyukur. Even if kakak aku bagi RM5 pun tadi aku bersyukur sebab aku nak pakai untuk makang. Kikikikiki.

Tu baru sikit Allah duga, aku gelabah biawak. Ternyata kepercayaan aku terhadap Allah melebihi segalanya. Aku mohon satu je masa aku pokai tu, permudahkan segala urusan aku. Jangan bagi motor aku rosak, jangan bagi aku lalai bawa motor, jangan bagi aku kena gastrik/pengsan sebab tak makan.
Tak kisah tak ada duit, tapi permudahkan segala urusan duniawi aku. Allah is the best! Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. peringatan untuk aku : jangan beli gems kat COC lagi, jangan boros, dan rajin bersedekah. What ever that you keep will finish, but what ever that you give, will remain. Pahala pun dapat.

Sekian for time being. Jumpa lagi. Till then










The Journey - Langkawi

After struggling for 3 years, barulah aku berkesempatan bercuti. Tak ada masa, tak ada duit, dan tak ada idea nak ke mana. So, kebetulan, ada seorang member aku ajak bercuti sebelum dia ke Singapura bulan depan ke guane, aku tak tau. So riki punya riki, nak bajet traveling la kununnye, tapi hampeh. Post bercuti aku pokai. Ngahahahaha. Balik dari Langkawi ke KL, puas merata cari orang tolong ambilkan kat airport sebab tak afford untuk bayar teksi (double caj if midnight). Finally dapat la, kawan member aku.

Tapi anyway, memang best la bercuti. Tak kisah la hitam kulit sekalipun janji dapat release stress. Hehehehe. Muka aku banyak naik bintik, ruam panas agaknya. Ala, kulit aku pun memang tak boleh kena panas sikit, sebab nanti burning and naik ruam panas tu la. Tak kisah, tak kisah, tak kisah janji dapat bercuti. So next, Mabul, maybe? :)

Here is a piece of me going bercuti yow!








P/ S : Gambar aku letak sikit je. Bukannya aku tak tahu, aku ada stalker tegar. Ngahahaha. Paranoid!

Friday, April 10, 2015

Aku Tak Faham GST

Tu diaaa. Bai'e mula berpolitik. Muahahahaha. Actually 2nd April ritu aku nak post, tapi tak terpost. Busy la katakan. Hahaha.

Ok, GST ni katanya kenakan caj 6% kat pengilang pemborong etc etc etc sebelum harga tu sampai kat pembeli. Jadi cukai tu pergi kepada kerajaan, dan kerajaan boleh pakai duit tu untuk pembangunan negara.

Tapi apa yang aku tengok ialah, barang makin mahal. So, GST ni meringankan beban rakyat ke, membebankan rakyat? GST tu pengguna kena tanggung pulak ke ehh? Adakah kementerian pantau? Kalau betul pantau, kenapa peniaga sesuka hati naikkan harga barang? Aku nak complain, tapi harga barang2 tertentu aku tak pasti harga sebelum n selepas GST berapa. Kang kalau simply buat report, malu sendiri kang. Tak pasal2 fitnah peniaga tu. Huhuhu.

Serius, dengan RM100 aku mampu beli barang penuh plastik bag kot. Ritu aku beli barang lepas 1 April, jd 3 plastik. What the fish? Hahahaha.

Aku rasa mungkin kementerian kena bagi senarai barang yang sepatutnya dijual kepada pengguna diedarkan. Kawan aku kata dia ada list tu, so why not edarkan kepada semua so semua orang alert. Tak de la masing2 kena tipu kan?

Isu topup pun tak habis oiiii. Topup pun kena GST. Wakakaka. Free 60min call tak bermakna apa2 sebab aku dengan mak aku ke, saudara mara aku ke, kawan2 aku ke sume pakai Whatsapp je. Senang!

P/S:  Mak aku call cakap tak dapat BR1M. Bagi aku baguslah, mungkin duit tu bagi kat orang yang lebih memerlukan. Aku mampu je nak sara mak aku. Tunggu greenlight je mak aku nak duduk sekali, now jugak aku angkut dia duduk dengan aku. Hehehehe.