Saturday, May 5, 2012

Cinta Itu Ibarat......

Hai semua... lama rasanya tak update blog ni kan? Bai'e sekarang tengah kerja... dari pukul 8 pagi sampai 11 malam di sebuah pasaraya kat Sungai Petani... jauhnya, tapi Bai'e pown tak nak duduk dekat dengan mak abah sebab tak nak bergantung dengan diorang... cukup sudah Bai'e menyusahkan mereka selama 20 tahun hidup di atas dunia...

ok, berkenaan entry Bai'e hari ini ialah 'Cinta Itu Ibarat.....' apa eh? kalau korang, cinta tu macam mana? manis ke, pahit ke, masam ke..... bagi Bai'e, cinta itu ibarat ANGIN..... sebab apa angin? sebab angin tu kejap ada, kejap tak ada... dan sekarang, macam Bai'e alami la... kejap ada orang sayang, kejap ada orang tak sayang.... muahahahaha...

dan cinta itu ibarat BENDA HILANG... sebab apa? sebab, bila kita berusaha mencari cinta tuh, tanpa kita sedar, benda itu ada di depan kita je.... antara nampak dengan tak nampak... cinta itu kan buta.... ngahahaha

banyak lagi... ini ceritera tentang perasaan kan? :)

sebab tu Bai'e malas nak fikir.... kalau ada, ada lah.... tak ada, biarkanlah.... mak ayah kan masih ada.... apa nak risau? hehehehehe....

p/s : susahkan nak bercinta? single mingle je lah.... =P

*i need someone right now!!!!! (tetibe)

Saturday, March 31, 2012

90/10 by Stephen Covey

ok, actually hari nie Bai'e nak post something yang boleh change (??) your day! tapi tergendala pulak sebab ada gangguan sedikit... hoho...tapi Bai'e pikir, perlu ke Bai'e marah, throw tantrum all over everybody, adakah akan menyelesaikan masalah?

the 90/10 principle by Stephen Covey

dalam kehidupan kita, 10% adalah kejadian yang tidak dapat dikawal oleh kita.. contohnya kereta rosak, lampu isyarat tiba-tiba bertukar merah dan sebagainya... manakala 90% lagi dikawal oleh bagaimana reaksi kita berhubung situasi yang dialami...

contoh : 

ketika sedang makan pagi bersama keluarga anda, anak perempuan anda secara tidak sengaja tertumpahkan kopi di atas baju anda.. 

anda marah, menyumpah anak perempuan anda... anak perempuan anda menangis.. kemudian, anda berpaling dan memarahi isteri anda kerana meletakkan cawan sangat ketepi.. perang mulut berlaku... anda naik ke bilik dan menukar baju... turun semula ke bawah, anak perempuan anda menangis dan menangis sehingga dia lambat untuk menghabiskan makanannya dan bersiap untuk ke sekolah.. akhirnya dia tertinggal bas.. pasangan anda perlu segera ke pejabat... anda terus ke kereta dan anda perlu menghantar dia ke sekolah... anda mengharungi perjalanan 40 kilometer dengan zon pandu 30 km/j...

selepas 15 minit terlewat, dan perlu membayar wang saman (katakan lah RM100 kerana melebihi hadlaju) anda sampai ke sekolah.. anak anda terus menuju ke bangunan sekolah tanpa mengucapkan selamat tinggal.. (merajuk la tuh..) 

sampai ke pejabat 20 minit lewat, anda terlupa beg pejabat...mula lah anda moody... jam demi jam, ianya bertambah teruk dan teruk... kemudiannya, anda pulang ke rumah... anda dapati hubungan sedikit renggang dengan isteri dan anak anda ... mengapa ?? kerana KEJADIAN PAGI TADI...

mengapa semua ini berlaku? andalah penyebabnya!

katakan lah anda bersikap sedikit positif... anak anda jatuhkan air kopi, dan dia mula mahu menangis.. anda katakan 'tidak mengapa... lain kali berhati-hati sikit, yer?' (untungnya dapat bapak mcm nie~)... anda naik ke atas dan tukar baju.. selepas tukar baju dan ambil beg pejabat, anda melihat ke tingkap dan melihat anak anda sedang menaiki bas untuk ke sekolah..dia berpaling dan melambaikan tangannya... anda dan pasangan bermesra sebelum ke pejabat... anda sampai 5 minit awal ke pejabat dan dengan gembiranya memberi salam kepada semua staff pejabat... bos anda bangga dengan hari ceria yang anda perolehi....

senario yang sama, namun pengakhiran yang berbeza... anda dapat perasan perbezaannya?

walau apapun yang anda hadapi, jangan jadi seperti span yang menyerap semua, sebaliknya menjadi air di dalam gelas.. jangan biarkan komen negatif menghalang anda.. react correctly and it will not ruin your life! jika anda bersikap negatif, anda mungkin dipecat, hilang kawan dan sebagainya... THINK POSITIVELY !!!

* macam Bai'e dan kawan-kawan, tiap-tiap hari kot kena brainwash... hari-hari nak g kolej takut tutor marah... (time tuh 2 orang je pass exam yang cuba-cuba punya...) tapi, kitorang tak jadikan kegagalan itu sesuatu yang akan menghalang kejayaan kitorang.... selain buat latihan dan latihan lagi, kitorang saling membantu antara satu sama lain... dan akhirnya, tadaaa~ 

so, think positif dan jangan berputus asa... so korang rajin2 lah apply prinsip 90/10 ini dalam kehidupan korang, ok?

p/s : penat menterjemah~


Orang Kuat Mampu Mengawal Amarah~

Rasulullah dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.'

Contoh yang boleh kita jadikan tauladan :-

Ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

p/s : walaupun Bai'e sekarang masih dalam keadaan marah, tapi cepat2 Bai'e muhasabah diri... tak elok marah2, kang cepat tua... =) dan kisah diatas memberi Bai'e satu tauladan yang mana wajib untuk semua orang untuk kita amalkan dalam kehidupan...

Thursday, March 29, 2012

Kami Pass 100%... Kau... Ade??

sekali lagi, Sime Darby Nursing and Health Science College mencipta sejarah lagi.... kesemua kami (55 orang student nurses) pass 100%.... alhamdulillah... syukur sangat2.... dan terima kasih dekat mak, abah yang banyak doakan kejayaan Bai'e masa di kolej ini... kepada tutor kami especially ms parimala... thank you soooo much for your patience all this while... dan kepada tutor-tutor lain.... kepada Clinical Instructor... thank you for your guidance... kepada april 2009, syabas betey~ !!

walaupun group kami dikatakan antara yang bermasalah, tapi kegigihan kami belajar membuktikan bahawa we can do it !!! dan bila dikatakan group kami paling susah bekerjasama, kami akhirnya membuktikan kami lulus 100% bersama-sama... tahniah group april 2009, tahniah dan tahniah lagi....

*tahniah kepada diri sendiri jugeeee~

p/s : perenggan pertama tuh cam dpt award je.. hahaha... eh, pass LJM 100% tuh.... award la tuh.... hehehhehe....

p/s/s : xsabar-sabar nak tengok muka happy mak n abah Bai'e..... =D =D =D

Tuesday, March 27, 2012

Scary Doe !!!!

dengan penuh kemalasan, Bai'e angkat fon yang berbunyi... ouh, alarm.... then, terus matikan alarm tuh and get ready nk g klas... masa tuh, Bai'e ingat lagi... pukul 1 petang... pelik gak, bukan ke tadi set alarm pukul 2? makhluk mana la yang gatai sentuh enset Bai'e nie... ish~ then, dengan rasa xde keje, g la turun bawah ingat nak beli something utk mkn petang nanti...

tibe2 ada mamat nie tegur Bai'e...
'dik, anak cik Zun ka?' tanya mamat tuh dalam loghat kedahnya...
'ye... nape?' jawab Bai'e...
'ha, abah adik accident otw nak mai cnie... jom p hospital tengok kerani.. jom3... ' terus dia tolong bukak kan pintu van putih untuk Bai'e.. Bai'e dok belakang sebab ada orang kat sebelah yang tegur Bai'e tadi..
dalam hati cakap 'what??!! Ya Allah, tolong la selamat kan abah aku.. tolong~'

memang xbajet langsung mamat tuh menipu sebab mungkin betul dia pekerja abah Bai'e... sebab hanya yang kerja dengan abah Bai'e memang akan panggil abah 'kerani'... then, dalam hati pikir, 'kenapa abah nak datang pulak? bukan ke 6hb nanti baru nak datang?' tapi buat Bai'e xkisah sangat la sebab mungkin abah ada hal datang sini awal..

dalam pada dia tengah drive nak keluar dari kolej Bai'e, Bai'e tanya dia abah admit hospital mana? dia cakap hospital klang...  then, fine lah..

dah lama lebih kurang 30 minit (Bai'e usha jam henset, malas nak pakai jam tangan.. ngee~), Bai'e memang dah rasa lain macam.. ni jalan nak g KL... then, kiri kanan hutan belaka... oh no! jangan la benda buruk jadi kat aku Ya Allah... then, dengan terketar-ketar, Bai'e tanya dia, 'sebenarnya kita nak g mana? klang ikot jalan lagi satu, kan?' though Bai'e xberapa tahu jalan sebab Bai'e nie buta jalan, tapi nampak signboard klang, takkan la ikot jalan KL tembus g klang lak en? dalam hati dah gabra gila... enset xde kedit, Bai'e nan mamat tuh bertiga je... memang takot sangat... kalau la pape jadi kat Bai'e...

 pas tuh dua-dua gelak jahat... waaa!! dalam hati memang rasa nak nangis.. dah la dengar cite sal arwah Dirang, pas tuh banyak lagi kes culik yang belambak gila kat Malaysia ni... yang duduk sebelah penumpang tuh pun cakap 'aku nak culik kau.... minta tebusan dari mak ayah kau...'

'tolong la, mak ayah saya bukan orang senang.... jangan la apa-apakan saya.... ' Bai'e merayu... masa tuh memang dah nangis kaw-kaw dah... takut kalau apa-apa jadi kat Bai'e, sapa nak jaga mak abah Bai'e lepas grad? dalam hati kutuk diri sendiri sebab mudah sangat percaya kat orang... then, apesal xajak kawan teman sekali??!! xpasal2 teraniaya~

tanpa pikir panjang, terus Bai'e bukak tingkap van tuh dan menjerit.. walaupun sedar hakikat orang takkan dengar Bai'e... tapi Bai'e cuba gak selamatkan diri... then, mamat yang dok sebelah penumpang tuh pegang lengan Bai'e then cakap 'emy... emy.... bangon g kelas.... '

p/s : larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!! ngeh3....

Sunday, March 25, 2012

2 weeks to go!

mulai esok, beberapa program akan diaturkan kolej untuk kami hadiri... argh~ konfem boring... huhu... hope they will make this fun, or else.... zzzzzz.... hahaha... sepanjang 2 minggu tahap keboringan melampau, niat di hati nak try write some novel? walao~ cerpen pown xpernah try tulis, inikan novel... gila lah... hahaha...

dan..... Bai'e sangat xsaba untuk pulang ke kampung halaman... ho jyeah~ shuke3!!! banyak benda dah plan dalam kepala untuk dilaksanakan... antaranya ialah, mandi-manda kat ulu legong (sekali lagi...), jalan-jalan umah bakal2 mertua (ahaks!)... dan makan besar-besaran dekat kampung... hehehehe...

p/s : tidak dilupakan kepada my luvly cousin , Nur Amalina Che Bakri  eh, Azmi... yang akan menikah bulan April ni.... jemput datang kenduri nanti, ok? =D

Friday, March 23, 2012

Cinta SEbenar-benarnya...

bila kecewa, bersyukur lah, kerana Allah maha Mengetahui akan segala yang berlaku... pabila hilang cinta itu, maka jangan lah bersedih (arabic : la tahzan) kerana ketahui lah kamu Allah akan hadiahkan hadiah cinta yang lebih baik dan lebih besar daripada yang kamu sangka kan.. dan sampai sekarang Bai'e masih tertunggu hadiah cinta itu.. :)

tidak semestinya kamu kehilangan dia, kamu tidak akan berhasil dapat lelaki / perempuan yang lebih baik dari dia... cinta itu tidak semestinya indah, kadang-kala pahit harus ditelan kerana di situlah letaknya erti cinta sebenar-benarnya...

p/s : sentap bila terpandang sesuatu yang tak dijangka... tahniah!
p/s/s : lulus BLS exam without reviewing any notes.. haha.. kepala otak apa pown tataw? aptb~

Sunday, March 18, 2012

Jatuh Cinta...

bahaya kan jatuh cinta nie? bila dah angau, makan tak kenyang (sekarang terlebih kenyang), mandi tak basah (tak mandi2 lagi.. hehehe), tidur tak lena (bangun pukul 1 petang... woah!)... susah jatuh cinta... bak kata christina perri  dalam lagu 'a thousand years' nya... how to be brave, how can i love when i afraid to fall? huhu~

Bai'e takut jatuh cinta, takut dikecewakan lagi dan diabaikan perasaan... dan diabaikan dari segi 'siapa sebenarnya saya kepada awak??' hohoho... Bai'e senang jatuh cinta.. especially bila orang care pasal Bai'e, hargai Bai'e dan meluahkan kata-kata yang romantis gitu.. cewaahhh...

Bai'e tak tahu nak kata apa, tapi yes... Bai'e tak berani jatuh cinta lagi... takut dimainkan hati dan perasaan... tuh je...

p/s : DO NOT THINK I AM CURRENTLY HOMOSEXUAL ! grrrrrrr~

Friday, March 16, 2012

Cuba Jawab...

Albert Einstein berkata, hanya 98% manusia di muka bumi nie dapat beri jawapan kepada soalan nie.. agak-agak korang masuk golongan yang mne eh?

ini merupakan soalan tersebut..
*Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
*Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
*Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
* setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
* Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

Soalan cepumas : Siapa bakal suami Bai'e, eh.. yang bela ikan? :P

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

p/s : Bai'e dapat selesaikan.. korang macamana pulak? hehehe...

I am Badly Sad...

hari nie.. Bai'e jadi jatuh sedih dan sayu bila kawan-kawan yang Bai'e kongsi masalah, suka dan duka bersama selama 3 tahun nie berpeluk-pelukan sesama sendiri dan menangis... daripada ramai-ramai yang Bai'e peluk... 1 sahabat yang membuatkan Bai'e menangis dan bila sampai bilik, profusely menangis.. Bai'e sedih sebab kami akan berpisah!! selesai final exam, maka itulah kali terakhir kami akan berjumpa... adakah ini pengakhirannya?


# Bai'e nak buat reunion once masing-masing dah stabil.. paling best, bila semua dah beranak-pinak dan ada family sendiri... time tuh bila terkenang waktu bersama, mesti best kn?




Monday, March 12, 2012

Sedih???

kadang-kadang kerana kawan, kita berubah... depend pada jenis kawan... baik kawan yang dipilih, baiklah.. jahat kawan yang dipilih, jahatlah.. syukur.. walaupun Bai'e dapat kawan yang jenis buas lain macam, Bai'e tak pernah terpengaruh dengan dia... peace ^.^

dan keayuan seorang gadis yang Ba'e kenali masa zaman luruih bendui dulu,dah tak nampak keayuannya.. hilang juga budi bahasanya sebagai seorang gadis cantik berbangsa melayu.. back to memories 1 year past lah... T.T what happen to you eh, kakak cantik?

quote : cikgu zainal, (guru bahasa Inggeris sekolah menengah Bai'e) : jika budi bahasa terlalu murah berbanding emas, mengapa terlalu mahal dan sukar untuk dipamirkan?

Friday, March 9, 2012

Alhamdulillah...

syukur... itu je yang Bai'e boleh katakan sekarang... masalah yang Bai'e ceritakan semalam settle semua.. hehe...
nak twu camner boleh settle?

1) pasal umah sewa, alhamdulillah kwn Bai'e dapat cari total of 7 people gonna sit with us... Bai'e xkenal budak lagi 3 orang tue, tapi ok lah tu.. at least dorang tak buas dok nan Bai'e.. hehehe

2) duit fund, ader je.. tapi dorang tak bank-in.. terkejut la gak, duit ada sampai separuh dari jumlah dorang pegang by hand jer.. gila ahh.. hilang jenuh nak ganti wooiii... anyway, the party gonna be bombastic bebeh!

3) semua setuju xnak menyusahkan Bai'e sangat.. dorang pown tak banyak bunyi bila Bai'e cakap baju siap 2 minngu akan datang.. hehehe.. walaupun ada campur tangan dari orang luar yang buatkan Bai;e tension, tapi takpelah.. niat mungkin nak membantu Bai'e, tapi caranya tak sesuaiii dengan Bai'e... hehehe...

p/s : bila kita kuatkan hati dan berserah.. Allah akan selalu bersama kita.. :D

Thursday, March 8, 2012

Dugaan Maha Besar...

today is the day where mood swinging occurs... then, dengar pulak cite member yang Bai'e akan dok 1 umah nan dorang, salah seorang daripada yang duduk tu tarik diri sebab ada masalah kewangan.. so, nak bayar duit deposit xlepas sebab dia pun bukan orang senang.. then, Bai'e risau kalau yang lagi sorang pun akan tarik diri sebab masalah yang sama.. 4 orang dalam rumah maha besar nak cekau mana RM2900? Bai'e sedar nak start life baru bukan senang, even masa mula-mula jadi college student Bai'e terkontang-kanting sebab sebelum nie memang bergantung penuh dengan ibu-bapa.. dan sekarang, perlukan a loottttttt of money nak duduk rumah sewa.. tak termasuk perabot asas yang perlu dibeli... 1 hal kat situ...

second, terkejut besar bila tiba-tiba class fund tak cukup.. banyak yang hilang entah ke mana.. cakap mungkin senang 'kita boleh trace duit tu' tapi kerja keras orang-orang yang kumpulkan duit tu, berniaga demi nak pastikan budak-budak kelas tak perlu bayar banyak untuk party akhir tahun.. xternilai tau.. lagipun, kitorang ramai, tutors yang bakal dijemput, admin, Clinical Instructors, bukan 10, 20 orang.. boleh jadi 100 orang.. nak bagi makan apa masa party tu? nasi lemak n air kosong? takkan la...

third, aduhai... ini la akibat bila jadi BAIK SANGAT kan??? Bai'e incharge untuk class T-shirt.. masalahnya ialah, Bai'e BUKAN JENIS IKUT KEPALA SENDIRI... dah nama 1 group, so do the job as 1 group walau mereka yang lain-lain tak membantu pun... menyusahkan orang lagi ada la... ok, forget the story... now, co-member untuk incharge T-shirt kelas Bai'e suruh proceed je dengan printing baju walaupun kitorang boleh dikatakan boleh print baju, cuma  masalah ni berkaitan dengan class fund... sebab niat di hati nak refund balance duit baju ke class fund.. tapi kalau baju pun harga genap-genap dengan apa yang diorang bayar, nak refund camner?

sekarang ni, tengah pikir cara terbaik untuk settle kan semua nie... esok, Bai'e akan cuba bincang dengan budak-budak kelas tentang baju.. dan kalau boleh minta sedikit belas ihsan tambah duit demi pastikan party kami berjalan dengan lancar.. dan kalau ada yang rasa cara Bai'e menyusahkan, Bai'e akan ambil alih semua termasuk bab-bab kutip duit.. Bai'e tak minta tolong sesiapa pun.. cuma minta sedikit support kepada semua yang menjadi sumber kekuatan Bai'e.. doakan semuanya berjalan dengan lancar.. amiin..

p/s : maaf kepada yang rasa kerja ni semua membuang masa semata-mata.. Bai'e nak yang terbaik untuk semua.. itu je.. apa gunanya nama 1 group, tapi keputusan bukan dari 1 group??

Tuesday, February 28, 2012

Boringnya !!!

aduhai, boringnya rasa bila online xde pape yang best.. rasa cam nk chill out kt luar, tapi bila pikir balik, berbaloi ke? ada geng xpe la jugak.. nie geng pun dh cabut awal2 lagi, ape cerr?? hurm.. kalau lah... kalau lah... dapat cuti seminggu, perghhh.. dh lama Bai'e terbang balik Kedah.. hehe.. tetiba rindu kat mak, abah yang selalu di hati..

psssttt... ada berita baik taw.. kakak Bai'e dah nk nikah tahun depan.. hehehe.. seronoknya, sebab xsabar nak ada abang ipar, n paling xsabar ialah... dapat anak buah..!! hehehe.. Bai'e lak eh? lambat agy.. sekarang nie dok plan baik2 tentang masa depan.. kawan tu xdinafikan ramai... tapi bak kata sepupu Bai'e (abg Yon) ' kita buat stok ramai2, kita usha bagi habis, baru buat pilihan...' hahahaha... terbaikkkk lah !! ok lah, sampai sini dlu coretan bengom Alexandria Arbai'e... ade cerita, mencoret la Bai'e kat sini... bye salam...

Tuesday, February 21, 2012

Hope Everything Gonna Be Fine..

esok adalah saat paling mendebarkan.. kenapa eh, Bai'e? esok lah Bai'e cerita.. sebab Bai'e takut cerita punya syok, ape pown xdpt.. huhu.. bak kata orang, tak elok cerita semua, dalam dan luar kain... kan kan kan? semoga semuanya berjalan dengan lancar lah.. huhu.. (macam nak g akad nikah je.. hoho)

dan lagi 1, paklong Bai'e admitted kat hospital.. kat ICU, u! mak cakap sebab darah tinggi, tapi Bai'e xrasa macam tu.. mungkin serangan jantung sebab paklong memang ada sakit jantung pun.. harap paklong dapat kesembuhan segera.. risau nih.. rasa nak terbang balik kedah je dengar berita-berita macam nie.. luruh jantung tau.. ye la, risau jadi pape kat orang yang kita sayang, kita xdapat nak jenguk.. menyesal kot..

hope everything gonna be fine.. just fine..

Monday, February 13, 2012

Admitted !

 
 
Ni bukan nak tunjuk penumbuk. Tapi ini adalah tangan Bai'e yang lebam n bengkak sebab kena cucuk n masuk air... huhuhu.. 3 hari admitted kat hospital kulim adalah paling worse.. sebab boleh cakap hari2 kena cucuk n ambil darah... huhuhu.. sakit tw.. hari2 kena makan ubat, kena masuk ubat.. tapi yang paling best, ape diagnosis betul Bai'e pown tataw.. the real reason Bai'e sakit still unkown.. ntah la, rse cm something relate to uric acid.. hurmm.. tp alhamdulillah la,  even sakit 2 masih ade, tp Bai'e boleh makan, jalan, minum n bercakap.. hehehehe.... amin... doakan Bai'e to full recovery yer... ngeee~

Tuesday, January 31, 2012

:: Update ::

*update karok with BFF at Neway.. hehehe..


enjoy.. jgn jeles woah~~ hahaha

Saturday, January 28, 2012

Berkelah di Sedim


Pada 28 Jan yang lalu, Bai'e dan family Bai'e berkelah di Sedim. Masa tu konvoi ramai2, kira banyak la kereta yang pergi. Pakcik 2 biji kereta, paklong, pakjang, maklang, pakndak semua sebiji kereta.

Setiap seorang kena bawa bekal, macam mak Bai'e dah masak bihun goreng Cik Zizah, makcik Bai'e lagi, pakcik jadi tukang bakar ayam, ikan, itik, lembu (hahaha, over ! ) pastu dengan maklang pun sekali. Meriah gila hari tu. Hehehe. Cerita saja tak cukup, so Bai'e letak gambar untuk tatapan pembaca blog Bai'e yang setia ni. (Ade ke? :P )









summary of the day

Friday, January 27, 2012

Baby dah Comel !

blog kamek dh menarik bha... eh, pehal sat sarawak, sat sabah, sat kedah nie? wekkkk!! to abang ehsan, nak cakap nie... blog kmi dah ada lagu~~~ hahahahaha.. nanti nak tmbah bling2 lak.. jangan jeles tw.. weekkkk!! hohohohoho

Thursday, January 26, 2012

Alahai..

sakit lagi.. sampai bila la nak sakit cam nie pown tataw.. ish, munci perasaan mcm nie.. huhuhu

Wednesday, January 25, 2012

Balik Kampung Hoiii...

rasenyer nak cite overall xbesh kot.. meh cheq nak habaq day by day what happen... hohoho

21 Jan 2012
sampai umah kol 8 pagi.. lambat gila sampai umah.. bayangkan jammed sangat2 dari shah alam tuh.. abah Bai'e dah kol, msj tanye katner.. time dalam bas tuh pulak tido xhengat dah.. penat kot!! sampai2 umah, terus bergosip dengan mak Bai'e.. macam2 bnde gak la kitorang sembang.. then, tido lagi sampai kol 2 petang.. only then, baru la g mandi n lepak-ing dengan mamat Skype n adik Bai'e kat Penang sampai kol 8 malam.. dari Penang, tros ke umah paklong Bai'e bincang sal hal kawen Bai'e... eh3, silap.. nak g berkelah kat Sedim la~ hehehe.. (suspen jer) 

23 Jan 2012
trip ke Sedim diteruskan.. family Bai'e 2 bijik keta haa!! hamek kau.. xmasuk agy makcik, paklong (dia pown 2 bijik keta), pak ndak, paklang n mak jang.. memang besh gila wokk.. dari kol 10 pagi kitorang sampai sampai kol 7 petang kitorang duduk kat Sedim tuh.. geng2 jenis mai awal mcm makcik, pakndak n mak jang dari kol 6 pagi dah bertolak.. gila weyh~ huhuhu.. kat saner, tukang bakar segala ayam, hotdog, ikan n segala bagai bnde boleh bakar, pakcik Bai'e.. ayam bakar dia memang superb beb! then, dari family kitorang, mak Bai'e buat bihun goreng special n nasi lemak Zulzah.. cewahhh!! hahaha.. Bai'e wat aper? wat bodoh jer.. wekkk.. ngeee~ kat sane, mandi jap, melantak.. mandi jap, melantak.. last2 constipate.. padan muka.. huhu.. anyway, memang the best la sebab mengeratkan yang mana terenggang, terputus, ter semua la.. :)

24 Jan 2012
part nie sedih nie.. huhu..

adik Bai'e xnak lepas Bai'e pergi.. Bai'e cakap nak balik, terus buat muka sedih.. Bai'e cakap dengan dia, jaga mak n abah elok2, muka dah sebet dah.. alahai.. achik free banyak, achik balik la.. cam 2 la lbey kurang Bai'e cakap.. 2 pown, xnak gak.. nak naik bas, Bai'e cium dia kaw2 punya sampai Bai'e rasa, mak Bai'e pown dapat rasa apa dalam hati Bai'e.. banyak kali jugak pesan ' jaga mak n abah elok2 ' kat adik2 Bai'e yang escort Bai'e balik.. ye la kan, mne la tahu, umur xpanjang ke, otw balik excident, innalillah terus ke.. sape tahu kan? wallahualam.. 

sampai Shah Alam kol 5.15 pagi.. dah gabra dah nak balik nan sape la nie.. dah tanya teksi, teksi lak nak ketuk xhengat.. nasib baik la encik azhan ada, tolong amik kitorang balik naik teksi dia yang dah banyak berjasa tuh.. ada naik sekali dengan kitorang, mamat kelantan yang memang gorgeous (kot??).. tapi lupa nak mintak no fon dia.. wekkk~ hohoho.. 

sekian la cerita -balik kampung- Bai'e.. korang, nak share tak, kisah korang balik kampung halaman? jom2..hehehehe

p/s : masa entri nie, dok tertaip lak tahun 2011.. raser cam xcaye diri nie dah tua setahun.. huhuhu

Friday, January 20, 2012

Happy Chinese New Year!!!

ok la, nie last post for today n for 4 days onward.. sebab Bai'e balik kampung.. hehehe.. walaupun terpaksa lupakan online gaming, facebook-ing, n blogging, tapi yang paaaaaaling penting ialah, Bai'e dapat jumpa orang2 yang Bai'e sayang dan cinta selalu... ngee.. xsabarnya nak jumpa family, saudara-mara sebab katanya ada kenduri besar sambut sepupu Bai'e balik dari China, kawan2 lama (Insya Allah sampai la kat Giant Kulim tuh kalu xde aral melintang), n kucing tersayang.. hehehe

anyway, wish u prosperity in this Chinese New Year.. especially to those yang berbangsa Cina la.. (ade ke orang nak baca blog Bai'e nie? huhuhu)

p/s : nanak angpau gak!!!!

aku selalu ada untukmu...

semalam merupakan hari yang paling sedih utk BFF Bai'e.. jatuh simpati kat dia.. akhirnya, selepas menunggu seseorang yang disayangi, dia ditipu hidup-hidup.. memang kesian, tapi nak buat macamana kan? jodoh xkuat barangkali..

masa Bai'e frustrated sangat2, dia la yang selalu ada di samping Bai'e.. n sekarang, bila dia perlukan seseorang, nah! Bai'e offer bahu Bai'e untuk dia menangis, letak kepala dan sebagainya.. memang teruk gak tengok keadaan dia, tapi Tuhan maha Adil.. dia tunjukkan kebenaran kepada kawan Bai'e, walaupun pahit untuk ditelan.. sekarang, hope sangat dia happy.. sabar keh, my lovely darling.. akhirnya, semua persoalan terjawab juga akhirnya..

dan harap Bai'e, dia tabah hadapi semua ini sebab hidup xselalunya indah kan? dan kadang2 pahit harus ditelan untuk dijadikan pengajaran.. lepas nie, carilah lelaki yang betul2 sayangkan diri kita.. n hope jugak satu masa nanti, BFF Bai'e menemui sinar-Nya.. amin.. doakan eh?

Saturday, January 14, 2012

Skype~

daripada YM dengan skype, Bai'e rase yang paling good service so far, skype kot.. quality video bagus, cuma kadang2 off tibe2 2 normal la.. daripada YM, asl webcam je, jammed.. aduhai, tensen tol la.. huhuhuhu

n tadi, (dari td smpi skunk xtido agy neh, yang penting update blog dulu.. hohohoho) Bai'e video call la seorang mamat ne.. dia nie kawan Bai'e masa sekolah aliran agama dulu.. last jmpe mse form 3 dulu.. pnye la lama haaa, 6 tahun xjumpa.. bayangkan LAMANYA Bai'e xjumpa dia.. terserempak pown xpernah rasenyer..

alahai, xberubah kot muka dia.. maintain same je dari masa form 3 sampai skunk.. bak kata dia, Bai'e muka dah lain.. katanya comel... hohoho.. (kembang jap..ngeee~) cuma bezanya dia sekarang ialah, dia gelap sikit, pakcik hidung ada besat cikit.. badan pown dh kembang.. hehehehehe.. memey la, tindakbalas hormon maa...

yang sama dari dulu Bai'e ushar dia, muka sama walau dah debab ckit, senyumannya still comey cam dulu (Bai'e dulu pernah cakap, dia sangat2 la charming bila senyum..hehehehe.. gatai!!!!)... aduhai, rindu masa kitorang kat sekolah dulu.. xboleh lupa bila time kitorang g kem kecemerlangan PMR kat Pantai Merdeka..seronok xterkata.. hehehe

tapi part yang paling best, masa sekolah dulu, Bai'e kena gosip dengan salah seorang mber mamat yg Bai'e skype ne.. semuanya terjadi lepas kitorang g sekolah same2 n then, Bai'e pakai baju hujan mber dia.. mmg meletus la gosip tuh.. ye la, hujan lebat kot time tuh, so, lepak dulu kat luar sekolah.. lpas dh renyai2 ckit hujannyer, baru la kitorang gerak masuk sekolah.. penambah perasa gosip tu, budak2 kelas Bai'e.. budak kelas Bai'e ne mmg suka sungguh bergosip.. so, mmg banyak la versi yang kedengaran.. aduhai..

n sebab kantoi Bai'e suka kat mamat skype ni, Bai'e pindah sekolah lpas PMR tuh.. mamat yang Bai'e skype ne pown pindah gak sb dye dpt tawaran sambung belajar kat sekolah teknik kt Pulau Pinang.. walaupun gosip dah reda, Bai'e xmo dah jejak kaki kat sekolah tuh sebab malu tahap gaban..  and banyak kenangan la, opkos.. huhuhuhu..

hurm, eh, korang... sekian la tuk hari nie.. nak titon suda.. nantok kot.. huhuhuhu

p/s : sila solat subuh dulu.. =P

wassalam..

Thursday, January 12, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Poyo La! Sepak Kang..

pagi nie, lepas beli makanan untuk breakfast + lunch, Bai'e pown balik la bilik nak bukak laptop main game Castleville at FB.. pas 2 ushar, 'eh, eh.. ade mesej la..' bukak2 mesej, haaaa.. ade orang bagi gua panas la beb! 

ade ke patot dye salahkan Bai'e sebab kakak Bai'e kapel dengan orang lain? padan muka kau la kakak aku tinggal kau! dah la menipu 1 hal, nak menguji pown agak2 la bro.. xmunasabah langsung.. kakak Bai'e menangis seminggu mengadu kat mak Bai'e.. mula2 kakak Bai'e sayang ketat2 kat dia, pas 2 ade isu la yang dye cite membuatkan kakak Bai'e putus harapan nak mengharap kat dia.. sekarang nie, kalau tanya perasaan kakak Bai'e kat mamat tuh, jawapannya 'aku dah xsayang kat dia'.

so, sekarang nie, terima je la kenyataan ye, mung dengan kakak doh xdok jodoh dah.. jangang nak mengharap sesuatu yang xpasti.. teruskan hidup mung, kakak aku dah hepi dengan life baru dia.. sekian.. 

p/s : poyo la manusia macam nie.. rasa ringan je tangan nie nak je tampar muka tuh laju2... ish~

Friday, January 6, 2012

To Whoever It May Concern...

sebenarnya, Bai'e tak nak buat kenyataan balas dalam FB Bai'e atas kemelut percintaan yang sebelum ne Bai'e alami sebab bagi Bai'e, amatlah tak matang wat cam tuh.. so, xpe la, salahkanlah Bai'e atas semuanya..

tapi awak kena ingat, kenapa Bai'e tawar hati, dah xnk sambung hubungan kita.. atas sebab apa?? awak buat keputusan, awak tak pernah fikir perasaan saya.. masa kita putus, awak nak kita jadi kawan, saya terima walau perit.. demi awak, saya mengalah..

at last, bila saya minta jadi kawan (n yes, saya memang xrasa ada lagi possibility untuk kita bersama lagi), awak xboleh terima.. nak delete saya lah, nak itu lah, ini lah.. buat la.. awak sakit sekarang, tapi time saya sakit dulu, ada awak pikir?? so, suka hati awak la.. buat la sesuka hati awak.. kalau awak dah delete semua kenangan kita, saya dah lama buat macam tuh.. kalau awak xboleh dengar lagu kita, saya dah boleh terima lagu tuh diulang banyak kali dalam laptop saya sebab saya dah redha semua yang berlaku.. kerana awak, saya banyak makan hati hingga akhirnya, saya dah xada hati lagi..

jangan sesekali salahkan saya sebab atas ego masing2, sebab tu lah semuanya berakhir macam ni.. wassalam..

Monday, January 2, 2012

Berakhir Sebuah Perhubungan...

Sayang, cinta dan rindu masih menebal.. tapi Bai'e betul2 terluka dengan kata-katanya... biarlah terhenti sampai di sini.. Bai'e nak tumpukan perhatian kepada masa depan dan janji kepada ibu bapa...

New Year with new GF.. =P

hari ni, Bai'e lepak nan mber Bai'e,  kat karaoke at Quality hotel.. 2 jam ouh.. mse nyanyi lagu 'Jangan Pernah Berubah', Bai'e dah berlinang air mata, n Bai'e pown letak mic, blah g toilet.. nanges la sorang2 kat dalam tuh..

after that, kitorang jalan2 kat i-city... jalan2 tengok lampu, then, beli hotdog mam same2 kt tepi moto.. tengah syok2 mam n sembang2, ade 2 biji moto datang kat kitorang.. tapi seyes, mmg lawak gile.. mamat tuh nk ngorat kitorang, tapi dia tataw nak cakap ape dengan kitorang.. Bai'e dengan member Bai'e diam buat bodoh je kat mamat tu, last2 dorg pown blah.. hehehe.. then, datang agy 2 bijik moto.. tapi yang neh, mmg kuar ajar.. siap men perli2 lak.. Bai'e dah panas, dah la bru frust en, nasib Bai'e xsepak moto 2 bagi berkecai je.. huhu.. pas kitorang buat bodoh gak, dorang pown blah.. Then, datang pulak 1 biji keta kancil.. tapi Bai'e nan mber Bai'e dah tergelak terbahak2 da.. sebab bayangkan, keta kancil, tapi mak aiii, cam sardin haaa... keta dah la kecik, ley lak nak sumbat 6 orang kat dalam uh.. dorang sebenarnya pusing 2 kali sebelum dorang park keta dorg kat sebelah moto Bai'e.. dorang pown ad gak tye2, (nak ngorat gak r tuh...) tapi like always, Bai'e n mber Bai'e wat bodoh jerk.. malas nak amik twu.. munci3!!!!!

then, perjalanan diteruskan ke dataran shah alam.. kat sane, Bai'e amik keputusan swuh mber Bai'e panggil mber laki dye lepak skali.. ye la, kang kalu ade mangkuk hayun kaco kitorang agy, mau nak nanges panggil mak kang.. huhu.. dalam pada itu (ceeewahhh), Bai'e teringat pesan mak baca surah yasin ayat ke 9 untuk melindungi diri kita daripada pandangan musuh.. memang mujarab nokk.. ade gak mamat2 poyos usha kitorang, tapi xbrani kacau.. hehe.. Bai'e dah ngantuk + berbulu bijik mata chek tengok depa dua neh dok loving2.. haih... so, Bai'e pown tido la lam keta 2 sampai kol 5 pagi.. hohoho... after that, balik asrama la~

Quote daripada status Bai'e : kawan sentiasa ada disisi kita... xde BF xpe jangan xde kawan je.. =D

attribution : to mutiara hati, terima kasih sebab hang hiburkan aku.. kalau xdak hang, aku dok down sokmo ja malam tuh.. huhu.. then, kepada cik Fiq, walaupun aku jeles tengok keintiman hang dengan mber aku, tapi kalau xde hang, xdapek den nak beradu malam tuh.. ngee~