Saturday, March 31, 2012

Orang Kuat Mampu Mengawal Amarah~

Rasulullah dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.'

Contoh yang boleh kita jadikan tauladan :-

Ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

p/s : walaupun Bai'e sekarang masih dalam keadaan marah, tapi cepat2 Bai'e muhasabah diri... tak elok marah2, kang cepat tua... =) dan kisah diatas memberi Bai'e satu tauladan yang mana wajib untuk semua orang untuk kita amalkan dalam kehidupan...

No comments:

Post a Comment