Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Cinta SEbenar-benarnya...

bila kecewa, bersyukur lah, kerana Allah maha Mengetahui akan segala yang berlaku... pabila hilang cinta itu, maka jangan lah bersedih (arabic : la tahzan) kerana ketahui lah kamu Allah akan hadiahkan hadiah cinta yang lebih baik dan lebih besar daripada yang kamu sangka kan.. dan sampai sekarang Bai'e masih tertunggu hadiah cinta itu.. :)

tidak semestinya kamu kehilangan dia, kamu tidak akan berhasil dapat lelaki / perempuan yang lebih baik dari dia... cinta itu tidak semestinya indah, kadang-kala pahit harus ditelan kerana di situlah letaknya erti cinta sebenar-benarnya...

p/s : sentap bila terpandang sesuatu yang tak dijangka... tahniah!
p/s/s : lulus BLS exam without reviewing any notes.. haha.. kepala otak apa pown tataw? aptb~

Friday, March 16, 2012

Cuba Jawab...

Albert Einstein berkata, hanya 98% manusia di muka bumi nie dapat beri jawapan kepada soalan nie.. agak-agak korang masuk golongan yang mne eh?

ini merupakan soalan tersebut..
*Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
*Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
*Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
* setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
* Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

Soalan cepumas : Siapa bakal suami Bai'e, eh.. yang bela ikan? :P

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

p/s : Bai'e dapat selesaikan.. korang macamana pulak? hehehe...

Sunday, December 4, 2011

Rapuh

kadang2 mungkin kita terlupa setiap apa yang Tuhan turunkan kepada kita, hanya untuk menguji iman kita... mengapa harus kita bertanya kenapa? sedangkan jawapannya ialah : Tuhan masih menyayangimu.. 

bersyukurlah, dalam kelalaian setiap manusia kepada Tuhannya, Tuhan masih mengingatkan HambaNya agar bertaubat dan bersyukur di atas setiap ujian yang diberikan..