Sunday, April 27, 2014

Autumn in My Heart

Setahun 4 bulan 15 hari. Satu tempoh yang bukan lama, bukan juga singkat. Maaf awak, saya nak coretkan dari mula kita kenal. Moga ianya memori indah untuk kita ingat sampai bila2. ~H.I.E.A~

Musim bunga

Segala-galanya indah tentang kita. Baru kenal, baru sayang, baru cinta dan baru rindu. Masa tu tempat kerja saya tak officially buka lagi, jadi saya selalu ada masa mesej awak, call awak. Balik dari kerja, saya tak letih sangat, jadi balik lepas mandi, makan dan solat semua, saya tak lupa nak bagitahu awak aktiviti saya. Tak pernah sesaat awak lupa dari ingatan saya. Saya sayang sangat kat awak masa tu.


Musim sejuk

Saya dah start sibuk, saya balik ke department yang sepatutnya saya bekerja. Hari-hari kita semakin jauh. Kita makin dingin dengan diri masing2. Saya faham awak nak perhatian saya setiap masa, tapi maaf awak, kerja saya bukan macam sesetengah kerja yang ada masa rehat. Saya stress, tapi kadang-kadang saya cerita kat awak, kadang2 saya malas nak bebankan awak dengan stress saya yang tak berkesudahan. Balik kerja saya letih, saya nak rehat. Saya tak mampu nak jadi sepertimana kita kenal mula2 dulu. Maafkan saya.



Musim panas

Kita selalu gaduh. Awak nakkan perhatian saya, saya nak awak faham kerja saya. Kita tak macam dulu. Awak cakap saya dah tak macam dulu, saya rasa awak dah tak macam dulu. Awak mula cari perhatian dari orang lain. Saya marah sebab saya sayang awak, saya sangat paranoid akan hilang awak dari saya. Saya cuma tak mampu tengok awak jauh dari saya. Saya tak mahu kena tipu, no saya tak nak! Saya marah, saya emosi dan banyak kali tu jugak saya aibkan awak. Maafkan saya awak. Saya tak rasional bila tengah marah tu. Maafkan saya.



Musim luruh

Akhirnya, bunga-bunga kita pun layu dan jatuh berguguran. Awak dan saya ambil keputusan untuk bawa haluan hidup masing2. Mungkin ini yang terbaik buat kita. Mungkin dari hubungan kali ni, saya perlu improve diri saya supaya kawal marah, kawal emosi. 



P/S : Might you cannot be my man, but being the best man I ever had is sufficient. Thank you for everything. Ibtisam :')

No comments:

Post a Comment