Tuesday, December 23, 2014

Family Gathering Part 1

21hb December 2014

Our unofficial gathering were done! Hahaha. Eversince sume dah kerja, dah ada lifr masing2, memang susah nak bkumpul 1 family walaupun kami 1 family. Kadang2 tu, Bai'e ada, kakak takde. Then, bila kakak ade, Bai'e lak takde. Either cuti tak dapat ataupun kena keje (sama la tuuu).

Balik tak plan, gathering pun tak plan. Mula2 tu ingat pergi Perak then balik KL on the same day. Tapi adik Bai'e pulokkkk rindu nak peluk mak, dia cakap dia dah kurus mendadak sebab terlalu rindukan mak. Ok la, fine balik kejap. Kesian laa kat kakak Bai'e sebab dia drive pergi dan balik. Bai'e n adik memang tak reti bawa kete + tak pernah bawa kete pun. Nasib mu la Along. Hahahahaha.

Secebis dua gambar K.A.M.I







p/s : actually adik Bai'e tu tak kurus pun. saje menggedik. dia asal balik, nak makan nasi. kalau Bai'e dapat makan nasi dalam sehari tu nikmat weyhhh. barang umah ada, tapi pemalas nak masak. sekian :P :P :P

Monday, December 15, 2014

Happy Anniversary Mom, Dad

Assalamualaikum! Bai'e dah delete post sebelumnya sebab tak suka perasaan tu bila baca balik entry tu. Teringat sakitnya hati bila terbaca post tu. Serius tak ingat Bai'e ada buat scheduled post. Hahaha. Sah tengah meroyan tak sudah masa taip entry tu.

Ok, back to main entry. Hari ni sepatutnya ulangtahun mak dan arwah babah Bai'e. Masa arwah babah ada lagi, tiap2 tahun Bai'e dan kakak akan minta cuti dan balik kampung. Lepas tu beli kek dan sambut anniversary mak dan arwah babah. Bahagia sangat masa tu.

Best part is, mak akan cakap, ' Tak sangka mak dah kahwin dengan abah dah 25 tahun (masa tu tahun 2011), anak pun semua dah besar2. Rasa macam baru semalam kahwin, lahirkan hangpa (merujuk kepada kami 8 beradik).'

Bai'e mekap mak, dan mak nampak sangat cantik masa tu. Arwah babah pun senyum pelik je masa Bai'e dah habis mekap mak (gambar kena godek hardisk, tu pun hardisk xkena virus la). Hahaha. Pastu makan ramai2 then masing2 tido.

Rindu masa arwah babah still here. Rindu bau dia, bila dia marah, bila dia senyum. Bila dia tak suka dengan sesuatu, sebab2 dia tak suka tu, memang betul2 terjadi. His instinct is good. And he us wise too, pendapat dia memang boleh pakai. Cuma bab duit arwah babah memang fail sebab boros orang tua ni. Haha.

One thing Bai'e tahu, bila dia pergi, Allah lagi sayangkan dia. Allah tak mahu dia lagi menderita bila dah sakit teruk masa tu. We still need you babah, tapi tak apalah, kita jumpa di syurga nanti, ya? We shall reunite in His Heaven. Sorry being your bad and stubborn girl all this while. Miss u Dad, I miss you.

Saturday, October 25, 2014

Miss you, Love you

Suddenly I'm missing you babe. Tetiber. You and I are unseparatable. Bila la nak jumpa kesayangan kita ni. Hmmmmmm :(


Saturday, October 18, 2014

Mengapa?

Tetiber rasa nak menulis lak rini. Hehehe. Ok, entry kali ni tajuknya 'Mengapa?'. Mengapa apa lah tu kan. Ok, sila la baca kalau rajin :P

1) Mengapa Bai'e lebih pentingkan orang lain daripada diri sendiri?

J : Sebab dalam dunia ni, bukan Bai'e je yang hidup. Ada manusia yang Bai'e panggil sebagai keluarga, sahabat, musuh dll. Bukankah lebih baik memberi makanan kepada orang, kemudian baru kita makan berbanding kita beri orang makan sisa makanan kita?

Itu je entry utk 'Mengapa?' nye. Terima kasih sebab membaca dan habiskan masa anda melihat sahaya merepek di sini. Wassalam. Goodnite :P :P :P

Thursday, September 18, 2014

20 Facts about Me

Full description of #20factsaboutme

1) I don't eat seafood except seashell (I could get rashes whole body) and I seldomly eat rice because I'm afraid of getting fat. I am fat when I was 19-20 yo which my weight was 64kg. People say I am good with that weight because I am tall, tapi nak lari susah weii.

2) I love pink, but I seldomly buy clothes in pink except for things like mug, bedsheet, curtain, bowl etc

3) I joined Wujud Paranormal Team since 2012 and still doing it. People might think I'm crazy but who cares? 😝

4) I have a friend named Noor Azimah, I've lost contact with her since 2009, and I'm still looking for her ever since.

5) I love dancing and singing. If I ever listen to songs which I can dance, I will dance even in the car 😜. Singing applies as well.

6) I'm bad at punctuality. Hehehe

7) I love to sleep the most. I can sleep for long hours and I'm so mad when my sleep disturbed. 😪😏

8) I love to watch Runningman. And the person I love the most is Jongkook oppa. 😚

9) I love doing extreme activity too. But so far, I've done hiking at Broga Hill, jungle tracking at Kalumpang, fitness training (army style) at UUM Sintok.

10) I don't like when my mom pushes me to get driving license and buy a car because I hate jam and I hate high maintainance thingy. (Tol, oil, car breakdown, etc. Dislike!)

11) My mom say my cooking is good, but from what I analyze it is just so-so. Haha. But my cabai belacan is the best so far.

12) I'm upgrading my life currently.

13) I look tough and strong, but actually i am weak. I am so 'manja'. To people who knows me, they know how 'manja' I can be when I'm with someone I love & care esp my mom (ask my mom!)

14) I cannot catch cold. If I do, I'll have flu the next morning. Worst come to worse, high fever. (This is the reason why I usually sleep without fan being on and I wear blanket all over my body and face even at night it is hot during night/afternoon or morning)

15) I love fantasy movie the most. My fav all time is Lord of the Rings.

16) I have lotta of nicknames. Emy, Alya, Nida, My (pronounce as Mai), Mimi, etc which I can't recall.

17) If I ever ever ever listen to 'Ruang Rindu' by Letto, I'll get really stupor. I'd rather listen to the song than people talking to me. Even when I was walking, I will stop walking and listen to the song until the song finished.

18) My dream of man HAVE to be taller than me. He willing to guide me to Jannah with him. P/S : LOYALTY IS MANDATORY!

19) Alexandria Arbai'e : Alexander the Great (Iskandar Zulkarnain) which is I adore the most if u really love history like mine. Arbai'e stands for 4 (arabic), which I am the 4th child my mom pregnant with. (1st one spontaneously aborted when my mom went to toilet). Bae - Lovely, Eunwol - Moonlight. I hope one day if I already met a guy, I will be his 'Lovely Moonlight', which his eyes only catches on me and only me. 😊

20) I am currently single and available. Keke

Monday, September 8, 2014

Error by Error

In life, we sure had make error. In your social life, in your family and your career.

Allah, nak menangis masa taip entry ni. Kerana satu kecuaian, satu benda yang tak buat, documentation consider as tak lengkap and if I have to go to court, I got no strong alibi. Walaupun sedar karier sebagai medical staff ni tersangat lah high risk, tapi satu benda yang Bai'e tahu, I will never regret being a medical staff. Never!

Semoga Allah permudahkan segala urusan. :')


Tuesday, July 29, 2014

Terima Kasih

Terima kasih awak,
Sebab akhirnya awak jujur dengan saya,
Walaupun kenyataan tu pahit,
Sekurang-kurangnya saya tak perlu letak apa-apa harapan dari awak lagi.

Terima kasih Ya Allah,
Kau tunjukkan kebenaran kepada hambaMu,
Kau datangkan mimpi itu dari dulu tapi aku endahkan,
Akhirnya bila Kau bukakan hatiku untuk melihat, dan 'dia' untuk jujur,
Aku tahu sampai disini sahaja penantianku.

Dan kamu,
Jaga dia baik-baik,
Jaga hatinya, jaga perasaannya, jangan biarkan dia sendirian lagi,
Aku pernah mengabaikan dia, dan aku tidak diberi peluang untuk berubah,
Hanya satu doaku,
Semoga berbahagia untuk kalian.

Dari,
AKU

Monday, July 21, 2014

TIPU

Orang, bila sekali dia menipu, dia akan tipu lagi dan lagi. Kenapa? Sebab bila dia tipu sekali, masalah akan hilang masa tu je, tapi masalah tu akan cari dia pada masa akan datang. Dan bila dia nak lari dari masalah, dia tipu la lagi. Kalau lelaki sejati, dia mengaku je silapnya. Tu baru gentleman orang kata. ;)

Bila sekali dah menipu, susah la nak dapatkan kepercayaan orang yang ditipu tu. :D

- Self Reminder -
- Take Note -
- Jangan Biasakan Menipu Ye -

;)

Wednesday, June 25, 2014

Feral Child

Masa Bai'e semester 1 belajar subjek Psychology, my favourite lecturer Puan Hanim ada cerita tentang kisah seorang budak perempuan yang diabaikan. Ok, kalau korang google pasal kisah ni (boleh search kat wikipedia - paling senang nak cari info, tapi jgn percaya 100% sbb ianya boleh ditokok tambah) , it's kinda different from my lecturer's story. Boleh jadi my lecturer salah cerita, kisah ni pasal 2 orang yang berlainan atau, sumber internet tak boleh dipercayai. :P

Genie, kanak2 yang diabaikan secara maksima. Ok, ni Puan Hanim yang cerita eh, not me. Hihihihihi

Genie dilahirkan pada zaman 1930-an, sebelum Perang Dunia Kedua bermula. Dia ni anak luar nikah, ibunya dirogol lalu 'ter'pregnantkn Genie. Pada zaman tu, mengandungkan anak luar nikah adalah suatu perkara yang sangat memalukan. Kalau anak tu dilahirkan, samada dibuang atau diserahkan kepada keluarga angkat. Mungkin kerana naluri ibu, mak Genie melahirkan jugak Genie di bangsal belakang rumahnya. Genie disusukan ibunya, lepas disusukan, mak dia balik rumah dan Genie ditinggalkan berseorangan dalam bangsal. Mak dia cuma bagi makan, no communication happen between the mother and the child.

Sampai umur Genie 4 tahun, dia ditemui oleh sukarelawan yang tak sengaja menemukan dia. Dorang ni lebih kurang macam psychology researcher kot. So, masa mula2 dorang jumpa Genie, not a single word come from her tongue (or mouth). Dorang ingatkan Genie ni delayed development, bisu, tapi lepas dorang buat pemeriksaan terperinci, Genie tak buta, pekak mahupun bisu. Dorang dapati Genie diabaikan secara maksima which ibunya asingkan dia dari masyarakat, tak berkomunikasi dengan dia, tak boleh berjalan dan pada umur 4 tahun dia tak tahu bercakap.

So psychologist researcher ni bawa dia balik ke institusi dorang, beri Genie bergaul dengan budak2 lain dalam masa yang sama, buat research pasal behaviour. Within few months Genie tunjukkan perkembangan positif yang mana dia bergaul dengan rakan2 sebaya dia, boleh berkomunikasi sikit2 dan jadi macam kanak2 lain, tapi still slow la. Sebab ye la kan, dari neonate human skill tak dikembangkan by somekind of stimulation - bagi meniarap, berkomunikasi, bagi mainan sesuai dengan umurnya dll, so development pun jadi terbantut.

After that, masa umurnya nak injak 5 tahun, dia meninggal. Mungkin disebabkan dia tak boleh cope dengan persekitaran sekeliling yang berubah secara mendadak.

Kes ni memang hot, jadi tumpuan dunia, even sampai sekarang. If you teach to isolate a child, s/he cannot cope with open environment. They can cope, either it will be late, and effect the social skill or die from coping. It's human behaviour, though.

Tu je nak cerita ;) Goodnight

Monday, June 9, 2014

Tahniah my BFF

Semalam, Alhamdulillah my BFF @ my unofficial twin jadi isteri orang. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan menjadi suami isteri. Dugaan demi dugaan, akhirnya halal jugak hubungan mereka. Bai'e as best fren tumpang gembira sebab my BFF sah jadi isteri orang. Hehehe.

Dia ni la bahu masa Bai'e putus cinta dulu. Bawa Bai'e kehulur kehilir nak tengok Bai'e happy balik. Thank you my friend. I love u now and forever.

Ni secebis dua gambar pada hari bahagia dia. ;)






Tuesday, May 20, 2014

Aku Isterinya

Married, get a twin baby. In shaa Allah, my turn will come soon. :D

"Terima kasih sebab bahagiakan saya."

"Sepatutnya saya yang kena cakap macam tu."

"Terima kasih sebab awak sayang saya sepenuh hati awak, jaga saya sebaik-baiknya dan bagi keluarga yang besar untuk saya."

Believe in Allah's power. He will grant you the best in your life. ;)

Sunday, May 11, 2014

Dah Jumpa Yeay!

Alhamdulillah. Jumpa. Hahaha. Awak cari pakai lutut memang la tak jumpa. Orang cakap tempat A, awak pergi cari kat B, C dan D. Cuainye awakkkkkkkkk. :P

Ok, sekarang boleh tido nyenyak. Yeay!! Yeay!! Yeay!!

Oppss :3


Saturday, May 10, 2014

Hilang :'(

Stress. Baru je nak lelap, sekali department call mana barang sekian2. Aduhai.

So google la. Awak bukan alim sangat, bab2 doa ke, even solat sunat pun tanya orang. Jahilnya la sahaya. Huhuhu. :( Orang kata better to learn now than learn nothing.


Sekadar perkongsian. ;)

P/S : Harap2 barang tu jumpa soon. Serabut eh.

Monday, May 5, 2014

:(

What a day la! Now I don't have anyone to talk with, so berceloteh la dalam blog ni haa. Oh, blog. Sorry I've abandoned you all this while (sobs)

Hari ni, kerana communication breakdown, saya kena jerit dan kena marah. No, it is absolutely not my fault, but since it is called as 'teamwork', so if orang lain buat salah, u cannot run away from it. Yes!

Now total mental breakdown. Tak pe, nanti kita ngadu kat 'Kekasih Abadi'. 'He' always there when I need Him the most.  :)

Thursday, May 1, 2014

Human Relationship (Family)

Semenjak dikau pergi dari hidupku, tiada lagi kegembiraan buatku. Ok, lately life cam bosan sikit sebab dah tak ada orang nak mesej selalu, tak ada orang nak ambil berat dah, which I had a very pity life sejak 'dia' pergi. Gambar dalam henset ada dalam 100+, tengoklah macamana. Nak delete sayang sebab tu semua gambar tengah senyum sama2, so maksudnya all this while, kami bahagia bersama.

So, semalam before tido, Bai'e terfikir pasal human relationship ni haa. Pernah dulu time sekolah orang argue jadi perempuan ni malang sebab kena taat dengan mak ayah, pastu kena taat dengan suami pulak.

So, last night I came up with this, which sebenarnya jadi perempuan ke, lelaki ke, kita semua makhluk Allah, so sebaik2 ciptaanNya adalah yang terbaik.

1) Anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah sejak kecil sehingga akhir hayat mereka. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa mereka.

2) Anak perempuan WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah ayah dari kecil sehingga berkahwin. Sebelum berkahwin, redha Allah terletak pada redhanya ibu bapa, selepas berkahwin pula, redha Allah terletak pada redha sang suami.

3) Anak itu adalah amanah Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin agar mampu jadi khalifah di atas muka bumi.

So, baban apa yang Bai'e nak merepek ni? Haha. Ok, seorang anak lelaki WAJIB taat kepada ibu dahulu, barulah bapa, sejak dia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Dia kena gembirakan mak ayah dia tak kiralah apa method pun, asalkan parent dia happy. Kira macam sejuk perut ibu mengandung. Bukan sahaja mak ayah kandung, mak ayah mertua pun kena taat. Haa, ayok.

Lelaki banyak tanggungjawab. Selain dari pastikan keluarga yang dia bina cukup makan pakai, mak ayah kandung dan mertua dia (kalau dah berkahwin) pun dia kena pastikan cukup keperluan mereka. Lagi, dosa kakak dia, adik perempuan dia, isteri dia, anak2 dia semua dia kena tanggung. Haaa, untung ke jadi lelaki ni? Hehehe. Gentle reminder ya, jangan lebihkan isteri daripada ibu anda. Ingat, bukan awak kena taat dengan isteri, sebaliknya isteri yang kena taat dengan awak. Yang awak kena taat ialah IBU.

Perempuan pulak. Mula2 kena taat kepada ibu bapa, dah kahwin kena taat kepada suami. Dengar kata mak ayah, jaga maruah keluarga dll antara tanggungjawab anak perempuan. Dah kahwin kena taat kepada suami pulak. Awak kena pastikan makan pakai suami awak terjaga, jangan memberontak, ikut cakap husband awak, kalau dia suruh lompat, lompat. Kalau dia suruh meniarap, meniarap lah. Haha. Kita as a woman ni kilang anak, which kalau kita ni baik, maka baiklah anak tu nanti, in shaa Allah. Seorang perempuan tidak menanggung dosa suami, abang or adik lelaki, hanya tanggung dosa sendiri. Kalau kata ada anak, anak kena wajibkan awak dulu baru sang suami. So, still malang ke jadi perempuan ni? :P

Setiap ibu bapa TAK BOLEH berlaku kejam terhadap anak. Mendidik disarankan, tapi jangan sampai mengganggu mental si anak. :)

Tu je.

P/S : Nak bahagiakan perempuan ni, bagi dia banyak kejutan. Hadiah ke, even bunga sekuntum pun boleh buat dia tersenyum sampai telinga. Lagi2 gelang emas, lagi dia tersenyum lebaq punya. Hehehe

P/S/S : Nak bahagiakan lelaki? Entah, saya baru putus cinta so maknanya saya ni tak pandai bahagiakan si lelaki. :P



Monday, April 28, 2014

Time and Money

Ok. Ni last. Lepas ni saya tak nak mention apa-apa dah. Ni last. Promise (^.^)v

Saya pernah kena tinggal dengan lelaki masa student dulu sebab tak ada duit. Biasiswa RM550 je masa tu, tak cukup pun. Bil air + bil elektrik dekat RM200 sebulan. Lagi RM350, tu la duit nak hooray2, makan, assignment, dll.

Keluar dengan lelaki masa tu sangatlah menjimatkan duit saya. Makan, tengok wayang, nak pergi mana-mana pun dorang support kecuali apa yang saya nak beli memang totally duit sendiri. Kecuali, saya gunapakai kuasa veto saya sebagai seorang perempuan minta dorang belanja saya (which sekali seumur hidup, serius ni tak tipu) / pakai duit dorang dulu bila dapat duit biasiswa saya ganti balik. (yang ni selalu tak miss bayar balik sebab dah janji)

Tapi, orang cakap duit ni memang boleh bagi orang bongkak. Saya pernah didialogkan macam ni

'Awak nak pergi semua pakai duit saya, sepuluh sen saya tak minta duit awak.'

Allahu, awak (sorry my ex, kalau awak still stalk saya la), saya tak pernah minta duit awak untuk dihabiskan atas diri saya. Tak pernah walaupun sekali. Saya rela tongtong kalau awak nak, tapi bila awak mention tu dulu (tahun 2009) saya tersentap sangat. Seolah2 saya ni kaki kikis. Awak tak pernah bersungut, yet, bila kadang2 saya hulur duit, awak suruh saya simpan untuk kolej. Anyway awak, thanks untuk segalanya.

Oleh sebab ni, saya berazam saya tak nak dan takkan jadi perempuan materialistik. Saya datang dari keluarga yang susah, 8 orang adik-beradik. SPM saya 3A tak sempat baca buku sebab jaga mak tengah berpantang, biasiswa masa sekolah dulu saya pakai beli beras kat rumah. First time saya pakai handphone masa umur saya 19 tahun, tu pun lepas tersesat dari kawan-kawan kat Masjid India, at last kawan2 saya jumpa saya depan Mydin Pudu dengan muka pucat sebab tersesat. Saya rela hidup susah daripada terhutang budi dengan orang.

Akhirnya, saya dapat tawaran bekerja dengan company besar, saya ada banyak duit, still human never satisfied. It's not me but the human sit right beside me, once asking me to wait for him until he success and promised to marry me. I'm not young, 23 years old and for me and with my job scope, I'm consider old to restart a relationship. Really

Again 2014. Yup. Saya ada duit, tapi 1 saya tak ada. Masa. Job scope saya sangat luas, nak rehat 15 minit untuk makan tak ada. Nak minum air pun curi-curi. Saya mampu ada di sebelah 10 orang yang nak mati / meninggal, tapi waktu arwah ayah saya meninggal, saya tak ada. Saya sempat tengok dia dah tak bernyawa. Saya sampai kampung 3 jam lepas tubuh dia dah bernyawa. Sebelum tu saya di mana? Di tempat kerja! Saya mampu jaga 100 orang yang demam, tapi bila mak saya demam, saya mampu bagi health education je. Di mana saya waktu takbir berbunyi di saat orang lain sambut Hari Raya dengan keluarga masing-masing? Saya kat tempat kerja merawat orang yang perlu perhatian saya. 2 tahun saya kerja, time bile saya balik kampung, pulut, ketupat, rendang dah habis. Seriously, I'm not joking around.

Dulu saya fikir jadi perempuan yang ada masa tapi tak ada duit is useless. Now, duit saya ada, tapi masa saya korbankan demi duit, nak isi perut saya, mak dan adik2, yet in relationship, I'm just not lucky enough, perhaps? Saya boleh taat, saya boleh setia, saya tak kisah tunggu awak 1000 tahun pun, tapi saya minta awak bear with me, just what I bear with you this 1 year plus. Saya tak kisah tak dating 3-4 bulan tak macam couple yang lain, awak comot, awak papa kedana sekalipun sebab saya tengok hati, bukan duit, bukan rupa, bukan semua tu.

Tak apa lah sayang. Saya faham awak cari $$$ in the same time awak nak orang mampu jaga awak 24 jam, mesej dengan awak sampai lebam, which itu saya tak mampu bagi SEKARANG, tapi go on la. Saya tak marah cuma terkilan sebab saya ingatkan orang yang terakhir saya cinta ialah awak. Till then........

Sunday, April 27, 2014

Autumn in My Heart

Setahun 4 bulan 15 hari. Satu tempoh yang bukan lama, bukan juga singkat. Maaf awak, saya nak coretkan dari mula kita kenal. Moga ianya memori indah untuk kita ingat sampai bila2. ~H.I.E.A~

Musim bunga

Segala-galanya indah tentang kita. Baru kenal, baru sayang, baru cinta dan baru rindu. Masa tu tempat kerja saya tak officially buka lagi, jadi saya selalu ada masa mesej awak, call awak. Balik dari kerja, saya tak letih sangat, jadi balik lepas mandi, makan dan solat semua, saya tak lupa nak bagitahu awak aktiviti saya. Tak pernah sesaat awak lupa dari ingatan saya. Saya sayang sangat kat awak masa tu.


Musim sejuk

Saya dah start sibuk, saya balik ke department yang sepatutnya saya bekerja. Hari-hari kita semakin jauh. Kita makin dingin dengan diri masing2. Saya faham awak nak perhatian saya setiap masa, tapi maaf awak, kerja saya bukan macam sesetengah kerja yang ada masa rehat. Saya stress, tapi kadang-kadang saya cerita kat awak, kadang2 saya malas nak bebankan awak dengan stress saya yang tak berkesudahan. Balik kerja saya letih, saya nak rehat. Saya tak mampu nak jadi sepertimana kita kenal mula2 dulu. Maafkan saya.



Musim panas

Kita selalu gaduh. Awak nakkan perhatian saya, saya nak awak faham kerja saya. Kita tak macam dulu. Awak cakap saya dah tak macam dulu, saya rasa awak dah tak macam dulu. Awak mula cari perhatian dari orang lain. Saya marah sebab saya sayang awak, saya sangat paranoid akan hilang awak dari saya. Saya cuma tak mampu tengok awak jauh dari saya. Saya tak mahu kena tipu, no saya tak nak! Saya marah, saya emosi dan banyak kali tu jugak saya aibkan awak. Maafkan saya awak. Saya tak rasional bila tengah marah tu. Maafkan saya.



Musim luruh

Akhirnya, bunga-bunga kita pun layu dan jatuh berguguran. Awak dan saya ambil keputusan untuk bawa haluan hidup masing2. Mungkin ini yang terbaik buat kita. Mungkin dari hubungan kali ni, saya perlu improve diri saya supaya kawal marah, kawal emosi. 



P/S : Might you cannot be my man, but being the best man I ever had is sufficient. Thank you for everything. Ibtisam :')

Wednesday, April 23, 2014

Looking for Her

Sejak tahun 2009, Bai'e buat akaun facebook sampai sekarang, ada seorang yang Bai'e non-stop cari. Dia ialah my best friend masa darjah 6 dulu. Nama dia Noor Azimah binti Rahim. Nak spot dia senang, sebab ada tahi lalat dekat dahi. Tapi, even though cari dan cari, start dari carian noor azimah, azimah rahim, semua xdapat cari perempuan ada tahi lalat dekat dahi. Adik dia nama Azikah, dan kakak dia nama Azirah, if I'm not mistaken.

Imah, kalau awak baca, please do contact me? Saya buat message kat fb public, so sape2 pun bole message saya. Hope sangat dapat jumpa awak lagi. Sorry saya pindah xbagitahu sebab family saya rushing nak pindah masa tu. Saya cari awak masa last day kat Rembau, awak balik kampung kot time tu. Lepas tu, saya dengar awak pindah Ampang? Entah la. Masa first day saya jejak kaki kat KL, rasa macam nampak awak, sebab ada tahi lalat kat dahi, tapi saya xtegur sebab takot salah orang. Please ea contact saya? Saya betul2 nak jumpa awak. :')

P/S : Do share this artikel untuk mudahkan carian. Semoga Allah SWT yang dapat balas budi baik kalian.

Sunday, April 6, 2014

Back to Where I Belong to

5 April 2014

Hari ni, selepas 11 tahun, Bai'e jejakkan kaki ke Negeri Sembilan, negeri Bai'e membesar dan mencipta memori indah masa kecik2 dulu. Banyak benda dah berubah, kem askar arwah abah kerja dulu da dicat baru, dengan signboard da smart gila, jalan pun dah dibuat cantik2. Bai'e jadi jakun kejap bila tengok Port Dickson dah jadi bandar yang sangat cantik, different dari 11 tahun yang lampau which masa tu, hutan kiri kanan.

Then jumpa dengan jiran lama, Cik Dah, dia cakap muka Bai'e memang tak berubah (tu petanda bagus ke tak tu?) Hahaha. Pastu bukak la cerita, Bai'e kuat menangis la, asyik kena pukul dengan arwah abah la. Bai'e pura-pura tak ingat sebab malu. Heeee~ Then, anak jiran Bai'e panggil Kak N***, which awkward di telinga sebab lepas tinggalkan Negeri Sembilan, nama dah convert jadi E**, M**** or A***.

Tu je cerita untuk hari ni. Gambar tak dapat diupload sebab rushing balik KL. :(

Wednesday, April 2, 2014

It's About It

Sorry I've been privately shared this blog. Baru2 ni Bai'e tukar blogger profile from Google+ user to Blogger profile sebab Bai'e dapat tahu whatever picture tetiba auto-backup from phone to Google+.  Some of the pic untuk suka2, most of them free-hair, sebab adik2 Bai'e suka ambil gambar senyap2, and sometimes Bai'e ambil gambar untuk kenang-kenangan dengan adik2 dan mak.

So, akibat daripada bengang dengan this stupid phone (which come from my fault, xreti pakai smartphone tapi gatai nak mengebat macam orang), Bai'e delete la sume pic. Yang tinggal cuma blogger profile je yg Bai'e still keep kat Google+. What happen is that, post ada, gambar tak dok. Hahaha. Background pic pun tak dok. Hahaha *again*. It shows a circle with a dash middle of it. Totally annoyed!!!

So, yup. That's about it. I'm publicly shared back this blog. Selamat membaca celoteh saya few days forward. Kekekeke


Sunday, March 16, 2014

A Story Touches My Heart..

A very poor man lived with his wife.

One day, his wife, who had very long hair asked him to buy her a comb for her hair to grow well and to be well-groomed.

The man felt very sorry and said no. He explained that he did not even have enough money to fix the strap of his watch he had just broken.

She did not insist on her request.

The man went to work and passed by a watch shop, sold his damaged watch at a low price and went to buy a comb for his wife.

He came home in the evening with the comb in his hand ready to give to his wife.

He was surprised when he saw his wife with a very short hair cut.

She had sold her hair and was holding a new watch band.

Tears flowed simultaneously from their eyes, not for the futility of their actions, but for the reciprocity of their love.

MORAL: To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING. Never take love for granted.
 


 

Friday, March 14, 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum.

Hari ini genap seminggu MH370 hilang sejak berita kehilangannya kecoh pada 8 Mac yang lalu. Bagaimana agaknya penumpang2 MH370 tersebut? Allahu rabbi, sedih pulak bila fikir. Semoga MH370 segera ditemui. In shaa Allah.

 




Thursday, March 13, 2014

Aku Sayang Padamu

Saje melepas gian :P



P/S : Sorry suara tak berapa nak best. 1 tahun lebih tak karok. :(

Wednesday, March 12, 2014

Purple Floral Mask

Baru-baru ni Bai'e beli Purple Floral Mask dari Dian Pixy. Sebab Bai'e pernah try mask yang biasa, Shiseido dan ada beberapa jenama mask untuk whitehead n blackhead. Shiseido sangat bagus, sebab dia memang tarik keluar whitehead n blackhead kaw2, tapi satu je, masa nak tarik tu, muka pedih gila rasa macam kena siat. Huhuhu

So..... ini sesaja selfie :P


Dan ini hasilnya!!! :)




Nampak, nampak dan nampak? Bai'e memang tahu sangat muka Bai'e nampak je macam 'bersih', tapi sebenarnya kalau tengok dekat2, belek seinci demi seinci muka Bai'e, memang akan nampak jerawat baru nak naik la, pori-pori terbuka dan tak dilupakan whitehead dan blackhead.

Yang bagusnya pasal produk ni, masa nak tarik tu, dia tak sakit sangat. Plus, bau dia sangattttt wangi. Bau lavender. Kalau tanya Bai'e berapa kerap boleh apply benda ni, jawapan Bai'e mudah, depends pada keadaan kulit muka. Kalau memang jenis whitehead n blackhead banyak, apply la 3 hari sekali ke, dan beransur2 kurangkan penggunaan kalau muka dah agak2 'bersih'. Kalau yang kulit muka 'bersih', seminggu sekali sudah. Hehehehe.



Sebotol kecil comel ni kurang dari RM 40. Kalau nak order, boleh order kat Dian Pixy

Sunday, March 2, 2014

Don't Mess with Me !!!

Hari ni dalam pukul 1 pagi, Bai'e terima satu inbox dekat FB dari seorang perempuan.

Dia : Jauhkan diri dari W
Bai'e : Awak sape?
Dia : Just.. jauhkan diri. Kitorang dah plan nak kahwin.

Bai'e kecewa, berdendam sebab kami bercinta bukan sebulan dua, tapi dah 1 tahun lebih. Bai'e delete mesej tu dengan hati yang sangat marah. Dah tak fikir panjang masa tu. Sebab Bai'e satu je, jangan ada orang lain, yang itu memang Bai'e pantang sungguh. Malam tu, memang Bai'e nekad nak buang W dari semua : Instagram, Wechat. Dan memang Bai'e buat macam tu. Dia ajak berbincang tapi dengan keadaan emosi yang sangat tak stabil, patah hati semua bercampur jadi satu, Bai'e refused.

Tengahari tu, Bai'e berterus terang la pasal perempuan tu. Dia pelik sebab selain Bai'e memang dia tak ada perempuan lain. Hidup dia hanya makan, online, main game, tidur. If ada customer, baru dia keluar. Kalau keluar pun dengan budak group tu pun kalau diajak. Nama W hanya beberapa orang yg tahu. Prinsip W dan Bai'e sama : bagi stabil dulu baru kahwin. So, siapa perempuan tu dan apa sebenarnya yang dia nak dari kami?

Bai'e cari from FB, memang dah tak jumpa. Samada dia dah tukar profile picture, ataupun dah delete, Bai'e tak tahu. Tapi memang Bai'e cari memang dah tak jumpa. One by one profile Bai'e go through, memang tak jumpa dia. 

So, if ditakdirkan Bai'e terjumpa awak, Bai'e nak tahu awak siapa dan apa awak nak dari Bai'e dan W? Kalau dengan cara ni awak nak putuskan hubungan kami, sorry. Tak berjaya :D U don't even know how deep our love is. Kami bercinta bukan main-main, kami sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain. So, if nak rebut dia dari Bai'e, just ingat prinsip Bai'e : Best woman win. If tak suka tengok Bai'e bahagia, ingat satu benda ni : Orang yang tak boleh tengok kebahagiaan orang lain, dia takkan pernah bahagia. So, fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)

Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Once ada orang pernah cakap, "Kau kalau nak berubah, berubah atas diri kau, bukannya orang lain. If kau berubah kerana orang lain, bila kau tak lagi bersama orang tu, takut kau akan lagi banyak menyimpang."

Pada Bai'e, ada betulnya kata-kata kawan Bai'e tu. Ok la, talk about myself, dulu pernah berubah sebab lelaki, tapi tak tahan lama pun. Masa dipaksa berubah tu pun, hati tu tak ikhlas, memberontak, tapi I can't do anything sebab sayang dia. Bila dah break up, I back to become myself. Tak perlu dikongkong, no one observing me. Masa tu bebas sebebas bebasnya, seolah2 burung yang dilepaskan dari sangkar. I feel happy.

Now, I change again. Ada sikit la berubah untuk someone, sebab kesian. Orang tu ialah my mom and arwah abah (takut dia diseksa di alam sana :( ). Dia tak pernah marah masa Bai'e freehair dulu, tapi of course la doanya tak pernah putus mendoakan yang terbaik untuk anak2 dia. So balik dari Kedah tempohari, terbukak hati nak fully bertudung even kuar rumah nak buang sampah. Tiba2 rasa tenang bila bertudung, different dari sebelum ni pakai tudung rasa rimas je.

So ya, here I am. Fully bertudung (even tak labuh menutupi dada) feel happy bertudung and yes, I will continue to change on behalf of me, not because of you, you, you or you. :P

Wednesday, February 19, 2014

In Memories : Abah

Kalau arwah abah masih lagi hidup, hari ni genap umurnya yang ke 54 tahun. Tapi Allah lebih sayangkan dirinya. Kali terakhir kami sambut hari lahirnya pada tahun lepas, masa tu keadaan arwah abah dah makin teruk, tapi tetap gagahkan diri untuk makan kek yang kami adik-beradik belikan untuk dia. Kami doakan abah tenang di alam sana. :(


Al-Fatihah






Saturday, February 8, 2014

Te Amo

For some, you are a dream. For some, you're breeze.
You dismiss some just by talking to them, just like that.
You believe in hundred lies of someone, and disbelief someone's truth.
Thinking about someone, the whole world remains restless.

Te amo, me te amo,
You're shade, you're sunshine.
Te amo, me te amo,
You have thousands of avatars/faces.
Nobody understood; whatever it is, it is beautiful.
Falling so crazy in love.

I’ve been around the world.
There's no one like you, boy.
I feel it all the time.
Just have to make you mine.

I’m lovin everyday, lovin U in every way.
That's why I’d like to say

Sometimes I feel at night I talk with my dreams.
I tame those dreams at morning.
Sometimes I feel like soaring higher than stars.
Sometimes wanna fill my pockets with clouds.

Te amo, me te amo,
I count the stars for you.
Te amo, me te amo,
I'll select them all for you.
I'll weave all the dreams for you.
Falling so crazy in love.

Sometimes I feel I haven't met you even in dreams.
Sometimes I feel there is some connection/relation.
Sometimes I feel like touching you in my thoughts.
Sometimes that feels like stealing.

Te amo, me te amo,
You're near, you're far.
Te amo, me te amo,
This bless doesn't go away.
I'm fine with this stealing too.
Falling so crazy in love.

Te amo, me te amo,
You're near, you're far.
Te amo, me te amo,
This bless doesn't go away.

OST Dum Maaro Dum :D

Friday, February 7, 2014

Knitting~

Pagi tadi Bai'e jalan2 kat Padang Serai nak beli baju sekolah baru untuk adik Bai'e sebab baju sekolah dia terkoyak sebab jatuh motor. Lepas tu, alang2 dah keluar, Bai'e beli ubat2 untuk spare kat rumah ( ubat yang ada kat rumah semuanya dah expired / dah tak rupa ubat -_- ).

Then, Bai'e masuk dalam kedai pengantin nak belikan bola benang untuk Mat Bon (kucing family). So, memang nak carikan something untuk dia bermain. Kesian kucing seekor tu, tengok dia macam bosan, tengok muka bosan dia, lagi la kita pun rasa bosan. Hahaha.

Pusing punya pusing dalam kedai pengantin tu, Bai'e pun saja tanya mak, 'Mak tak teringin menjahit ka?' Then mak pun jawab, 'Teringin juga.' Then, Bai'e pun buka cerita nak belajar mengait dengan mak. Mak suruh beli benang bulu kambing dan jarum mengait kalau nak belajar. So, beli la.

Balik rumah, mak jadi tenaga pengajar Bai'e. Mula2 tu memang susah. Bai'e sampai pening kepala nak belajar. Rasa macam nak give up. Belajar punya belajar, dari basic mengait kepada corak yang palinggg senang (bak kata mak Bai'e). So, ini hasilnya :')



Ni posisi xlarat sebab sejam mengadap benda ni saja :>
* tolong abaikan betis kayu balak saya *

Ni baru sikit. In shaa Allah, Bai'e cuba habiskan ;)

Kepada Puan Azizah, thank youuuuuu sebab ajaq kamiiiiiiii :D

Wednesday, February 5, 2014

Tomyam Ala Thai

Starting create blog tahun 2011 sampai la sekarang, tak sempat lagi nak tunjuk skill memasak. Hehehe.

Soooooo, hari ni, teringin la pulak nak masak dan makan Tomyam ala Thai. Bai'e kalau balik kampung, nak ber'experiment' pun kat rumah kampung je, sebab kalau balik KL, tak ada siapa nak makan pun KECUALI Bai'e seorang. Huhuhu. Everything manually cooked included pes tomyam.




pes tomyam

Alhamdulillah, mak Bai'e cakap sedap. Hehehe. Cuma tak berapa nak masam sangat sebab Bai'e lagi prefer asam jawa yang dalam pek empat segi ( yang biji asam jawa tak terasing dari pes asam jawa) daripada pes asam jawa Adabi tuh. Yang ni asam jawa dia tak berapa nak masam + manis2 sikit. Asam jawa dalam pek empat segi tu, dia masam betul + masin2 sikit, so maybe lagi sesuai la kot nak buat pes tomyam ni. Plus, daun limau purut tak ada, so, Bai'e pakai air limau purut sahaja, so bau tomyam tu tak terangkat sangat. Lagiiii, cek lupa nak blend serai masa nak blend bahan2 nak buat pes. Hehehe >.<

P/S : Yang ni resipi untuk 3-4 orang / serve. Kalau nak, buat lebih pun tak apa, simpan dalam peti ais. Bila teringin nak masak tomyam lagi, pakai je pes ni. :D

So, ini resipinya. 

Pes tomyam

7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
1. Semua bahan di atas di kisar.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
4. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.

Bahan untuk sup tomyam
 
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh pun)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Cara cara
1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

* gambar tidak dapat di upload sebab masa nak tulis entry ni, sup tomyam telah habis dimakan oleh adik2 mushang sahaya. :P

Sunday, February 2, 2014

Hiking at Broga Hills

Pada 31/1/14 yang lepas, Bai'e dan beberapa crew dari Wujud Paranormal Team ke Bukit Broga di Semenyih.

Kami bertolak dari pukul 2 pagi dari KL ke Semenyih. Lebih kurang pukul 3 pagi kami sampai ke Bukit Broga dan start hiking.

A very tiring journey merentas denai berbukit sepanjang 1.4km berbayar bila kami berjaya sampai ke puncak Bukit Broga bersama-sama lebih kurang jam 5.05 pagi :)

Gambar :D


muka penat :P



jari luka sikit masa nak panjat batu ke puncak bubkit



Lebih kurang pukul 8 pagi, kami turun dari bukit dan breakfast kat Pantai Dalam. Pukul 9 pagi baru Bai'e sampai kat rumah.

P/S : Kalau korang plan nak pergi Bukit Broga ni, dicadangkan datang seawal mungkin sebab pukul 6 pagi dah ramai kat puncak bukit sebab best view nak tengok matahari terbit kan dari puncak. ;)




Sunday, January 12, 2014

Meleis dan MLM P2

Sebelum ni Bai'e ada cerita pasal kawan Bai'e buat MLM kn? Sekarang, dia buat part time jadi private nurse. Sehari dapat la RM100. Bai'e tanya la, "Kenapa awak buat part-time lagi?". Pastu dia pun jawab la, "Kos sara hidup makin tinggi My." Then, Bai'e tanya lagi, "Hai-O dah tak bagi bonus dah ke?" Pastu dia pun terkulat-kulat senyum.

P/S : Korang pandai-pandai faham sendiri la apa yang Bai'e cuba sampaikan. ;)

Wednesday, January 1, 2014

Instagram~

Bai'e baru buat Instagram, so tanpa segan dan silu, sila la follow akaun hamba yang tidak seberapa ini. :3