Sunday, December 29, 2013

W.O.R.K

Selama ni Bai'e tak pernah dan jarang bercerita tentang rutin kerja Bai'e. Oleh kerana ada isu berbangkit, so post je la. Harap2 semua faham kehidupan Cik Misi.

1. Jadual kerja
Kadang2 kerja pagi, start pukul 7 pagi (tapi kena datang 15 minit awal untuk check items dalam ward) dan balik pukul 2 petang. Tapi pukul 2 petang pun bukannya 2 petang sangat la. Kadang2 lajak sampai pukul 6 petang pun ada sebab documentation xsiap, atau kadang2 ada training la, forum la, meeting la dll. Habis pass report pun pukul 4 petang (maximum) sebab kdg2 banyak cerita la, especially kes yang transfer in dari HDU, ICU atau CCU. Ataupun ada patient kena buat CPR sebab cardiac arrest. Tu baru kerja pagi.

If petang pulak, masuk kerja pukul 2 petang (sama jgak, kena datang 15 minit awal untuk check items dalam ward). Reasons pun lebih kurang sama, setakat ni Bai'e paling lambat balik pun pukul 12 tengah malam sebab patient baru masuk dari Emergency room, lepas tu nak hantar operation theater within 30 minit sebab tulang dah terkeluar dari kulit, takut nanti ada jangkitan darah. Masa tu pulak manager buat training CPR pukul 9 malam, semua pergi training tu kecuali Bai'e terkangkang2 buat admission sorang2 then documentation belambak2 nak kena update.

If malam pulak start pukul 9 malam (sama jgak, kena datang 15 minit awal untuk check items dalam ward ) sampai 7 pagi keesokan harinya. Reason sama jugak, tapi paling lewat balik pun pukul 9 pagi sbb manager nak jumpa.

The problem is....... kalau katakan balik kerja petang cth sepatutnya pukul 9 malam tapi terpaksa balik pukul 11 malam sebab documention kena siapkan bla bla bla, esoknya terpaksa pulak kerja pagi, ouhhh sangattttt letih. Masa nak tulis report pun otak asyik fikir bantal je sebab mengantuk xckop tido! Lagi satu, kalau 27hb Bai'e kerja malam balik pukul 8 pagi, Bai'e balik tido (night off), then 28hb kena masuk kerja pagi pukul 7 pagi. Memang ada gap 23 hours di situ, tapi jangan lupa, kami berjaga anda tidur, so nak set balik time untuk tidur sangatlah susah. Kalau Bai'e, Bai'e tidur dari balik kerja, nak dekat Asar bangun, then pukul 10-11 malam sambung tidur balik.

2. Rutin kerja
Setiap 4 jam kena periksa tekanan darah pesakit, ataupun setiap 2 jam (bergantung kepada keadaan pesakit).

Kalau pagi, time ni la kerja kejururawatan paling banyak. Masa ni la nak mandikan pesakit (untuk yang tak boleh turun dari katil, kitorang lap atas katil je), tukar cadar, bagi ubat, ikut doktor buat ward round then documentation sampai 10 different sheet (sheet ala2 dalam microsoft excel tu). Yang itu kena update every shift ye. Dressing lagi, kalau nak pergi operation theatre kena hantar pakai katil lagi. So tolak la katil ke operation theatre berdua dengan kawan seorang lagi. Sepatutnya kitorang xboleh kacau kawan seorang lagi sebab dia ada pesakit, tapi Concierge ada SEORANG untuk satu hospital yang ada 5 wad termasuk ICU/HDU/CCU dan Labour Department.

Patient balik dari operation theatre kena periksa tekanan darah dan nadi setiap 15 minit untuk 1 jam pertama, 30 minit untuk jam kedua then setiap jam untuk 4 jam.

Patient nak balik rumah pulak, kitorang kena booking next appointment, kreditkan ubat-ubatan, caj apa2 barang yang xcaj lagi, nak kena tulis setiap documentation yang nak kena hantar Medical Record lagi, ape lagi? Tu je kot. Hihihihi. Sepatutnya itu kerja kerani tapi kerani tak ada mungkin administrator nak jimat bajet kot.

Kalau petang pulak, ikut doktor, bagi ubat, kalau pesakit tak sempat mandikan time pagi, orang petang KENA pastikan pesakit mandi waktu petang tu. Apa-apa prosedur orang pagi tak sempat, orang petang kena buat. Kalau ada kena ambil darah, kami la muka2 yang kena ambil darah. Sepatutnya itu kerja Laboratory Department tapi mereka tak di train untuk ambil darah. -_-

Malam pulak, sepatutnya relax sebab pesakit kebanyakannya dah tidur, tapi ada yang tidur sebab sakit la, nak tukar pampers la, nak itu ini. Ambil darah lagi, dan macam2 benda yang berlaku. Orang malam jugak kena pastikan kertas cukup untuk orang pagi dan petang tulis-menulis, barang2 semua dah dicaj dan sebagainya lah. Bai'e kalau buat benda2 ni, pukul 4 pagi baru setel then nanti masa2 seterusnya melayan karenah pesakit yang semakin manja a.k.a MANJALITIS.

Conclusion : Cik Misi ni kadang2 nak berak, kencing even kentut pun terpaksa tahan. Dapat minum air seteguk, Ya Allah nikmat betul. Kadang2 tak cukup staff, bila lambat attend pesakit, pesakit marah2, jerit2 kat kaunter. Kerja Misi ni memang stress, untuk yang nak kerja semata2 duit, better jangan ambil Nursing as your career.

FYI, Bai'e dah 2 tahun xbalik beraya di kampung taw. Orang dah habis raya baru Bai'e balik. Nak mesej or call mak memang jarang2 kecuali Bai'e cuti 2 hari, bosan2 duduk rumah, bergosip la dengan mak. Tak tahu la if one day Bai'e kawen, bakal suami Bai'e mampu faham ke tak kerja Bai'e macamana. Sekian :)

P/S : I love my job!

No comments:

Post a Comment