Monday, November 18, 2013

Meleis dan MLM

Mesti korang pernah diajak kawan2/saudara-mara untuk masuk MLM ni kan? Paling busuk pun pernah diajak SEKALI, kan? Bai'e dari sekolah masa form 5 dah diajak masuk benda2 gini. Masuk tapi tak aktif sebab tak ada modal.

Then masa zaman kolej,  2 kali kot. Something to do with online MLM (lebih kurang macam e-bay). Dengar dia cerita memang best, boleh beli mini cooper la, hadiahkan dekat mak ayah la, bayar duit yuran cash la, dan macam2. Dengar tapi ikut logik akal, impossible sebenarnya, so Bai'e lari dari orang MLM ni DUA kali. Anda bayar RM1000 dan mereka akan bagi cash RM100.

Then zaman sudah bekerja. Kali ni, Bai'e lari berkali-kali. Sebabnya, kakak Bai'e dan 3 orang lagi kawan serumah Bai'e masuk business Hai-O. -_- (Kalau korang google, syarikat ni terkenal dengan korset infra-red dan sabun ketiak O.o). Yang ini, laburkan RM20K, rebat/syarikat bagi (konon) RM3K.

Why I said konon? Actually it's your money! Celah mana syarikat bagi/rebat/elaun mai bagi kat hangpa? Konsep MLM ni simple, mana2 MLM pun sama je, 'KAU BAYAR BANYAK, DAPAT BALIK SIKIT JE'.

Sesetengah orang akan cakap, if berjaya, memang boleh pergi jauh dalam business ni. Yes, memang boleh tapi tarik seramai mungkin orang untuk laburkan duit dalam syarikat. Anda lepas dari bebanan hutang dengan dapat elaun 'tarik orang masuk business' dan ada lagi elaun jika downliner anda tarik orang masuk business tapi katakan downliner anda jenis orang yang xreti berniaga, marketing dsb, dia yang teruk nak bayar hutang dengan bank + struggle nak clearkan barang.

Kebanyakkan bangsa Melayu masuk MLM ni. Why? Nak cepat kaya. Well, no pain no gain. Akibat nak cepat kaya, maka nak jatuh muflis pun cepatlah. Cuba tengok statistik orang yang dah muflis dari golongan mana? Umur 20-30 tahun dah diisytiharkan muflis. Kenapa? Masuk MLM.

Kawan Bai'e, kenal dari zaman kolej, gaji RM3K, tapi terbelenggu dengan hutang. Nak bayar hutang kereta (dengar kata nak jual kereta sebab teruk nak kena bayar + duit makan kena catu sebab kereta maintainance tinggi) dan hutang dengan bank (2 bank yang dia buat pinjaman peribadi untuk MLM). Even gaji RM3K tak ada duit simpanan lagi!

So, untuk lebih info boleh baca sini. He kinda harsh but it's true man!

Saturday, November 16, 2013

Stalker

Stalker : Istilah untuk orang yang suka ambil tahu tentang orang lain tanpa pengetahuan empunya badan.

Kebanyakkan stalker terdiri daripada orang yang kita minat (candy crush saga), orang yang sedang kenal (adik-beradik, kekasih, kawan2, ibu bapa), sudah kenal (bekas kekasih).

Stalker ni adalah orang yang mempunyai ego yang sangat tinggi, dimana nak tanya depan2 tak mahu, nak juga tahu dalam diam. :)

P/S : Tetiber statistik naik mendadak. Hahaha


Wednesday, November 13, 2013

Oh My Baby Blue~

Hari ni melayang duit RM200. Why?



Ada orang curi 'jantung' my baby blue! Thanks to stupid dumbass yang curi tu, mohon Allah SWT turun bala kat kamu.

Well, demi menjaga kewibawaan security guard area house Bai'e, tadi team leader security guard tadi datang ketuk-ketuk pintu rumah dan jalan penyelesaian pun dimeterai bersama (cewah). Duit RM200 yang terbang hilang melayang sebab bayar duit 'jantung' baby blue, akan diganti balik oleh company security. Alhamdulillah, selamat duit ambo. Hihihihi. Tapi cian pulak bila dia cakap, nanti company akan potong duit gaji guard yang jaga kawasan pada hari kejadian. :( Bai'e harap benda gini xjadi lagi la. Huhuhu.

And, a lesson for me, next time parking baby blue bia kat tempat yang strategik sikit. Dan..... selalu turun check baby blue especially time malam.

P/S : Saya sayang baby blue. :D

Monday, November 11, 2013

L.O.V.E

Mcm somel je, mcm santek je, macam poyo je. Hehehehe





P/S : Gambar ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. :)

Friday, November 8, 2013

Sandiwara Cinta

"Orang-orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan tiga hal - kepercayaan, rasa cinta dan rasa hormat." (Saidina Ali)

So, untuk orang yang tidak berkata jujur, apa yang dia dapat? Tiga hal juga iaitu hilang rasa percaya, hilang rasa cinta dan hilang rasa hormat. 

Be careful what you seek for friend, fame and money can't buy my loyalty. Once you betray me, I will move on. - The voice of Alexandria.