Wednesday, July 10, 2013

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

1) Tidak sahur
Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2) Sahur terlalu awal
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh.

3) Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah.

4) Berbuka secara buffet sampai buncit.
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tinggal!

5) Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6) Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7) Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8) Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat. :(

9) Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10) Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan...
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.